Utusan Borneo (Sabah)

Firma teknologi dijangka atasi bank tradisiona­l: Pakar

Platform pembayaran dalam talian menguasai kehidupan

-

KUALA LUMPUR: Pakar industri perbankan, Brett King,meramalkan syarikatsy­arikat teknologi akan mengatasi bank tradisiona­l untuk menjadi institusi kewangan terbesar dunia menjelang 2025.

“Menjelang 2025, bank terbesar di dunia bukanlah mana-mana bank hari ini, tetapi syarikat-syarikat teknologi yang menyediaka­n perkhidmat­an kewangan yang bersepadu dalam kehidupan rakyat,” kata King, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Moven, perkhidmat­an perbankan mudah alih berpangkal­an di New York.

Beliau berkata pada tahun lepas, gerbang pembayaran elektronik China - Alipay – telah memproses pembayaran sebanyak AS$17 bilion (AS$1 = RM4.28) melalui telefon bimbit dalam sehari semasa ‘Singles’ Day’ pada 11 Nov yang diadakan setiap tahun.

“Kira-kira 96,000 urus niaga dikendalik­an sesaat pada hari itu, lebih daripada dua kali ganda gabungan urus niaga yang dibuat oleh MasterCard dan UnionPay.

“Apa yang menarik ialah, Alipay merupakan platform pembayaran dalam talian dan bukan bank tradisiona­l,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

King berkata, ramai menjangka jumlah dagangan urus niaga mudah alih China akan mencecah kira-kira AS$3.5 trilion pada 2017, daripada AS$2.9 trilion yang dicatatkan pada 2016, berikutan peningkata­n pengguna telefon bimbit.

Oleh itu, syarikat teknologi akan menjadi pesaing masa depan bagi bank tradisiona­l kerana perubahan pesat tingkah laku pelanggan, katanya.

Mengenai tip bagi kelangsung­an daya tahan bankbank fizikal pada masa akan datang, King berkata bankbank boleh bekerjasam­a dengan syarikat-syarikat teknologi untuk memanfaatk­an teknologi kewangan terkini syarikat tersebut.

“Tidak perlu membina teknologi mereka sendiri tetapi menjalin pakatan dengan mereka dan melabur dalam teknologi kewangan merupakan pendekatan lebih murah. Langkah memperoleh mereka akan lebih mahal,” katanya.

Institusi kewangan, kata King, harus dapat melaksanak­an pengalaman perbankan masa sebenar di masa hadapan kerana orang ramai akan mengharapk­an perkhidmat­an segera.

Semasa ditanya sama ada bank-bank tradisiona­l akan hilang secara beransuran­sur pada masa akan datang, King menolak pendapat itu tersebut tetapi menjangka jumlah cawangan akan berkuranga­n menjelang akhir dekad akan datang.

“Kita tidak hanya melihat cawangan dikurangka­n, tetapi saiznya (kaki persegi) juga merosot,” katanya.

Sebagai contoh, ruang bank di Amerika Syarikat telah menyusut sebanyak 15 hingga 20 peratus dalam tempoh lima tahun lepas, katanya.

Sementara itu, di Malaysia pula, beliau menjangkak­an saiz setiap cawangan berkuranga­n sebanyak tiga hingga lima peratus setiap tahun pada akan datang.

“Ini tidak bermakna bank-bank akan menutup perniagaan mereka, kita hanya tidak memerlukan lagi cawangan untuk perkhidmat­an perbankan,” katanya.

Mengenai pendedahan risiko siber yang dihadapi oleh teknologi kewangan, King berkata, syarikat-syarikat perlu sentiasa melabur dalam kemajuan teknologi secepat mungkin, kerana teknologi matang sentiasa membantu mengurangk­an risiko.

“Adakah serangan siber menghentik­an orang ramai daripada menggunaka­n teknologi untuk transaksi kewangan? Tidak. Semakin banyak serangan berlaku, semakin kuat sistem imun teknologi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia