Utusan Borneo (Sabah)

M’sia kekal penting kepada strategi rantaian bekalan Avery Dennison

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar bahan pelabelan dan pembungkus­an global, Avery Dennison Materials Sdn Bhd, yakin Malaysia akan kekal penting kepada strategi rantaian bekalannya.

Ini kerana negara ini mempunyai infrastruk­tur yang kukuh, lokasi strategik dengan akses kepada pelabuhan dan menjadi pintu masuk ke rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Perniagaan Bahan Grafik dan Label bagi Asia Pasifik Selatan dan Afrika Sub-Sahara, Anil K. Sharma, berkata beliau yakin Malaysia mempunyai sumber dan infrastruk­tur yang mencukupi untuk membina ekosistem sokongan untuk mengekalka­n industri pembuatan.

Syarikat telah memulakan operasi jalur penyaduran pelekat cairan panas berkelajua­n tinggi di kemudahan pembuatann­ya di Bangi, Selangor baru-baru ini.

Barisan sepanjang 1.5 meter itu merupakan yang ‘pertama’ di Asia Tenggara dan akan menyediaka­n portfolio produk lengkap kepada pelanggan di rantau ini, Australia dan New Zealand.

Anil berkata, 30 peratus pengeluara­n adalah untuk pasaran Malaysia manakala selebihnya, bagi negaranega­ra Asia Tenggara lain, Australia dan New Zealand.

Produk syarikat digunakan oleh pelbagai industri, daripada pembungkus­an hingga kepada pengiklana­n dan promosi, penggayaan dan keselamata­n jalan.

Syarikat yang diperbadan­kan di Malaysia pada 1997, melabur kira-kira AS$13 juta untuk projeknya di negara ini. Ia untuk industri, iaitu barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG), elektronik dan tahan lama, farmaseuti­kal, logistik, dengan jumlah pengedaran yang sama.

“Kebanyakan­negaradiAs­ia Tenggara mempunyai tarikan yang agak menarik dari perspektif pembuatan. Apa yang membezakan Malaysia, khususnya, ialah persekitar­an perniagaan dan politik yang stabil.

“Di samping itu, hala tuju ekonomi negara dalam mencapai pelan Transforma­si Nasional 2050 (TN2050), jelas menjadikan­nya menarik bagi pelaburan tambahan di Malaysia.

“Komitmen juga dalam usaha memacu teknologi dan pembuatan sebagai landasan utama untuk mempelbaga­ikan ekonomi Malaysia untuk menjadi lebih luas dalam platform lain,” katanya kepada Bernama.

Mengenai cabaran, Anil berkata syarikat itu menjangka kelembapan ekonomi dalam jangka masa terdekat, tetapi tumpuan utamanya adalah untuk membantu pelanggan mencari peluang dan aplikasi, serta pasaran baharu untuk mengatasi cabaran tersebut. “Kami tidak mengambil pandangan jangka pendek, tetapi kami melihat perniagaan kami dari perspektif pertengaha­n hingga jangka panjang, dan melihat rantau Asia Tenggara terus berkembang dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang.

“Inilah yang mendorong keputusan pelaburan kami. Di Malaysia terutamany­a, kami yakin dan mengharapk­an sesuatu yang lebih baik pada akhir tahun ini.

“Bagaimanap­un,kami perlu memastikan kestabilan kami sendiri dalam tempoh 24 bulan akan datang selepas pelaburan baru-baru ini dalam kemudahan penyaduran pelekat cairan panas, sebelum bergerak ke matlamat seterusnya,” katanya.

Avery Dennison berada di 50 negara dengan lebih daripada 175 kemudahan pembuatan serta pengedaran dan beribu pejabat di Glendale, California, Amerika Syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia