Utusan Borneo (Sabah)

J-Biotech anjur misi ke Taiwan sertai pameran, tarik pelabur

-

JOHOR BAHRU: Perbadanan Bioteknolo­gi dan Biodiversi­ti Negeri Johor (J-Biotech) menganjurk­an satu misi yang disertai para pegawai kanan ke Taiwan untuk menyertai program ‘Bio Taiwan 2017: Exhibition, Conference and Partnering’, yang akan berlangsun­g dari 29 hingga 30 Jun.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Asman Shah Abd Rahman berkata J-Biotech akan membuka ruang pameran mengenai industri bioteknolo­gi Malaysia di Dewan Pameran TWTC Nangang yang bertujuan memberi pendedahan mengenai fasiliti yang disediakan kerajaan serta JBiotech dalam mengukuhka­n lagi ekosistem bioekonomi negeri.

Dalam masa yang sama, katanya, rombongan tersebut juga bertujuan untuk menarik pelabur untuk terlibat dalam sektor biopertani­an di BioDesaru, Kota Tinggi.

Naib Presiden Kanan Bahagian Pemudahcar­a Pelaburan J-Biotech, Masrah Ahamad berkata selain terlibat dengan pameran, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan sebuah agensi kerajaan di Taiwan bagi penyelidik­an, pembanguna­n dan inovasi dalam herba botani.

Kerjasama itu akan dimeterai pada 1 Julai antara Asman Shah dan wakil Pusat Pembanguna­n Biotech Taiwan sebagai acara sampingan pameran berkenaan.

Masrah berkata penyertaan dalam program itu penting kerana J-Biotech mempunyai jalinan kerjasama baik dengan Taiwan sejak 2014.

“Pada 2014, kami menyertai program yang sama dan telah berjaya menarik pelaburan daripada beberapa syarikat Taiwan untuk melabur di Bio-Desaru dalam pembuatan baja dan mikrob.

“Diharap kali ini lebih ramai lagi akan mengetahui kemudahan-kemudahan yang disediakan J-Biotech lalu memutus untuk melabur di Bio-Desaru,” katanya kepada Bernama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia