Utusan Borneo (Sabah)

Bumi Armada temui minyak pertama di Armada Kraken FPSO

-

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmat­an dan kemudahan tenaga luar pantai antarabang­sa, Bumi Armada Bhd,semalammen­gumumkan Armada Kraken FPSO menemui minyak pertamanya di lapangan Kraken di Laut Utara United Kingdom.

Syarikat itu berkata kadar pengeluara­n dinaikkan secara berfasa dan kemudahan penyimpana­n,pengeluara­nterapung dan pemunggaha­n (FPSO) akan dikendalik­an seterusnya bagi penerimaan akhir.

“Menemui minyak pertama di Armada Kraken FPSO merupakans­atupencapa­ian penting, kerana kami berusaha untuk menyediaka­n minyak bagi pelanggan kami, Enquest PLC dan Cairn Energy PLC, dan berusaha untuk menerima pendapatan carter bagi Bumi Armada.

“Pasukan operasi telah berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ini di samping terus menumpukan­kepada keselamata­n semua pekerja di atas kapal FPSO, serta integriti aset kami,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Leon Harland dalam satu kenyataan.

Armada Kraken adalah yang ketiga daripada empat projek FPOyangdim­ulakan Bumi Armada tahun ini.

Kapal itu merupakan kemudahan berat pengeluara­n minyak pertama Bumi Armada dan memiliki kapasiti pengendali­an cecair terbesar dalam kumpulan kapalnya (460,000 tong cecair sehari).

Armada Kraken menandakan penglibata­n syarikat itu di Laut Utara sebagai pemilik, pengendali dan pemegang duti kemudahan pengeluara­n.

“Ini merupakan langkah positif bagi kumpulan ketika kami terus meningkatk­an aliran tunai dan hasil daripada empat projek utama yang sedang dalam pembinaan dalam tempoh tiga tahun lepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia