Utusan Borneo (Sabah)

Jerman manfaat pengalaman luas Klose

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia itu sertai Loew asuh penyerang baharu

-

Ukuran masih pemain terbaik yang mutlak di dunia – Messi dan Ronaldo. Joachim Loew Jurulatih Jerman

SOCHI: Miroslav Klose, penjaring terbanyak sepanjang zaman di kejohanan akhir Piala Dunia, sedang mengasuh kumpulan penyerang terbaharu Jerman – yang semuanya berharap untuk mencontohi ketangkasa­nnya yang menjaringk­an gol dalam jersi putih yang terkenal.

Jerman menentang Mexico pada hari ini (Khamis) di Sochi dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Konfederas­i dan Klose, sekarang pembantu kepada jurulatih Joachim Loew, telah memberi petunjuk tentang cara untuk membuka barisan pertahanan Mexico.

Klose, 39 tahun, bersara dari tugasan antarabang­sa sejurus selepas dia membantu Jerman memenangi Piala Dunia 2014 – dia menjaringk­an gol dalam kemenangan 7-1 yang mengejutka­n ke atas Brazil pada peringkat separuh akhir untuk mencatatka­n rekod 16 gol di kejohanan akhir Piala Dunia.

Dia bersara dari bola sepak antarabang­sa dengan 71 jaringan dalam 137 penampilan dan dia bermain di empat kejohanan Piala Dunia. Dia kemudian menyertai kakitangan kejurulati­han Loew pada November lalu selaku jurulatih penyerang.

Sejak Klose bersara, Loew tidak dapat menetapkan pengganti tetap dan Mario Gomez, Thomas Mueller serta Mario Goetze semuanya telah ditempatka­n di bahagian hadapan.

“Ukuran masih pemain terbaik yang mutlak di dun- ia – Messi dan Ronaldo,” kata Loew ketika menetapkan standard yang tinggi bagi penyerangn­ya sebelum skuadnya yang tidak ada pengalaman berlepas ke Russia.

“Pemain kami mesti menguji diri dengan nama-nama tersebut.”

Mencari Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi baharu adalah satu cabaran yang sukar, tetapi Klose gembira dengan cara kumpulan penyerang Jerman seterusnya menggunaka­n peluang mereka di Russia selepas Gomez, Mueller dan Goetze ditinggalk­an di tanah air.

Timo Werner dari kelab RB Leipzig menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Cameroon pada Ahad lepas setelah menggantik­an Lars Stindl, pemain tengah ‘kotak-ke-kotak’

yang dijadikan penyerang dan menjaringk­an gol ketika menentang Australia dan Chile dalam perlawanan kumpulan lain.

Penyerang tegap dari kelab Hoffenheim, Sandro Wagner turut bermain baik di Russia dan Jerman tiba-tiba ada ramai penyerang yang hebat.

“Saya rasa ia adalah bagus bahawa mereka memberi sedikit tekanan kepada pemain yang sudah bertapak – Mario Gomez atau Thomas Mueller,” kata Klose mengenai usahanya dengan Stindl, Werner dan Wagner.

“Kami banyak bercakap bersama-sama dan dari segi perwatakan, mereka sudah memenuhi segalanya yang kami dapat bayangkan mengenai mereka.

“Dan anda melihat bakat yang dimiliki pemain ini, iaitu mereka dapat melaksanak­an begitu banyak perkara dalam masa yang begitu singkat. Saya rasa ia hebat sekali.”

Selepas Stindl menjaringk­an gol penyerang yang klasik dalam keputusan seri 1-1 dengan Chile, Klose memuji kapten Borussia Moenchengl­adbach berusia 28 tahun itu. “Dia seorang pemain yang amat bijak dan bergerak dengan baik antara garisan permainan dan mencari ruang,” kata Klose. “Dia dapat mengawal bola dengan bagus sekali dan melindungi­nya, supaya pemain lain dapat bergerak ke hadapan.” Klose turut memuji Werner, 21 tahun, yang menjaringk­an gol Ahad lepas dengan satu tandukan tajam dan satu rembatan cantik selepas usaha yang gigih dalam kawasan penalti ketika menentang Cameroon. “Dia memiliki kelajuan dan dinamisme untuk pergi dalam. Ketika saya seusianya, saya baharu sahaja menamatkan perantisan saya dalam bidang pertukanga­n kayu,” kata Klose dengan senyuman.

Bagaimanap­un Klose berkata Stindl dan Werner masih ada perjalanan yang agak jauh sebelum mereka dapat merampas kedudukan Gomez, yang sudah menjaringk­an 30 gol dalam 70 perlawanan antarabang­sa, dalam pasukan pilihan utama Jerman bagi Piala Dunia pada tahun depan di Russia.

“Sudah tentulah, kita tidak katakan mereka sudah pada tahap yang sama (dengan Gomez),” kata Klose.

“Mario konsisten selama ini, mereka masih ada perjalanan yang agak jauh.”

Namun bukan penyerang Jerman sahaja yang belajar memanfaatk­an pengalaman luas Klose. “Dia lebih daripada seorang penolong jurulatih,” kata pemain tengah Liverpool, Emre Can. “Dia banyak bercakap dengan pemain. Dengan pengalaman­nya, dia membantu mereka menyerlah dan terdapat beberapa perkara yang saya, sebagai pemain tengah, dapat pelajari darinya.”

 ?? — Gambar Reuters ?? KLOSE ceria selepas menjaringk­an gol pertama buat pasukannya ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 menentang Brazil di Stadium Mineirao, Belo Horizonte dalam gambar fail bertarikh 8 Julai 2014.
— Gambar Reuters KLOSE ceria selepas menjaringk­an gol pertama buat pasukannya ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014 menentang Brazil di Stadium Mineirao, Belo Horizonte dalam gambar fail bertarikh 8 Julai 2014.
 ??  ?? LOEW melihat pemainnya ketika mengadakan sesi latihan di Sochi, Rusia pada 18 Jun lepas. — Gambar Reuters
LOEW melihat pemainnya ketika mengadakan sesi latihan di Sochi, Rusia pada 18 Jun lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia