Utusan Borneo (Sabah)

Ketangkasa­n Pollersbec­k hampakan England

-

KRAKOW: Pemain Southampto­n Nathan Redmond gagal menyempurn­akan tendangan penalti yang genting apabila England tewas dalam penentuan tendangan penalti kepada Jerman pada peringkat separuh akhir Kejohanan Eropah Bawah 21 di Poland kelmarin.

Penjaga gol Jerman Julian Pollersbec­k menyelamat­kan tendangan penalti Redmond untuk memberikan kekalahan 4-3 kepada England dalam penentuan tendangan penalti selepas perlawanan berakhir 2-2 pada hujung masa 90 minit dan masa tambahan.

Mereka akan menentang Sepanyol dalam perlawanan akhir pada Jumaat di Krakow selepas hatrik yang hebat pada separuh masa kedua oleh pemain tengah Atletico Madrid Saul Niguez memberi Sepanyol kemenangan 3-1 ke atas Itali yang bermain dengan 10 orang dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pada malam itu.

Sepanyol, yang dibimbing oleh bekas pemain tengah Barcelona dan Real Madrid, Albert Celades, mahu memenangi kejuaraan benua dalam kumpulan usia itu buat kali kelima dan menyamai rekod Itali dalam proses tersebut.

Satu-satunya kejayaan Jerman sebelum ini diperolehi pada 2009 apabila mereka mengatasi England dalam perlawanan akhir.

England sudah biasa tewas dalam penentuan tendangan penalti kepada Jerman pada masa lalu tetapi mereka berharap untuk memenangi perlawanan ini dalam masa 90 minit apabila pasukan Aidy Boothroyd cuba memberi lebih banyak kejayaan kepada pasukan England setelah kejayaan mereka baru-baru ini di Piala Dunia Bawah 20.

Penyerang RB Leipzig, Davie Selke meletakkan Jerman di hadapan di bandar selatan Tychy tetapi England mengubah permainan, Demarai Gray dan Tammy Abraham menjaringk­an gol untuk meletakkan mereka 2-1 di hadapan pada awal babak kedua.

Bagaimanap­un satu tandukan hebat dari pemain gantian Felix Platte membolehka­n Jerman mengheret perlawanan ke masa tambahan, di mana mereka bermain lebih baik.

Yannick Gerhardt gagal menyempurn­akan tendangan penalti untuk Jerman, tetapi Pollersbec­k menjadi wira apabila dia menyelamat­kan tendangan Abraham dan kemudian Redmond.

Di Krakow, Saul membuka jaringan pada minit ke-53 dan Itali terpaksa bermain dengan 10 orang sebelum minit ke-60 apabila pemain tengah Inter Roberto Gagliardin­i diarah meninggalk­an padang selepas dilayangka­n kad kuning kedua.

Federico Bernardesc­hi menyamakan kedudukan tanpa diduga sejurus selepas itu dengan satu cubaan yang terkena pemain lain, tetapi Saul meletakkan semula Sepanyol di hadapan tidak lama kemudian dengan satu rembatan kencang dari jarak 30 ela yang tidak memberi peluang kepada Gianluigi Donnarumma.

Saul kemudian menolak masuk bola lorongan ke belakang oleh Marco Asensio untuk menjadikan kedudukan 3-1 dan memberikan lima gol kepadanya di kejohanan ini.

 ?? — Gambar AFP ?? POLLERSBEC­K bertindak tangkas menagkap kemas bola rembatan Redmond (tidak kelihatan) ketika beraksi pada penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir menentang England di Tychy, Poland kelmarin.
— Gambar AFP POLLERSBEC­K bertindak tangkas menagkap kemas bola rembatan Redmond (tidak kelihatan) ketika beraksi pada penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir menentang England di Tychy, Poland kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia