Utusan Borneo (Sabah)

Sirigu sertai Torino dengan kontrak selama tiga tahun

-

MILAN: Penjaga gol Itali Salvatore Sirigu meninggalk­an Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai Torino dengan kontrak selama tiga tahun kelmarin yang bermakna dia dijangka akan mengambil alih tempat Joe Hart dari England sebagai pemain nombor satu di kelab tersebut.

Sirigu menghabisk­an musim terakhir daripada enam musimnya bersama PSG sebagai pemain pinjaman di Sepanyol bersama Sevilla dan kemudian Osasuna dan, menjelang Piala Dunia 2018, pemain dari Sardinia itu mahu lebih kerap bermain.

“Saya gembira untuk menyertai kelab seperti Torino,” kata Sirigu.

“Saya memilih Torino kerana mereka benar-benar menunjukka­n mereka mahukan saya. Kelab dan presiden membuatkan saya rasa dikehendak­i dan saya berterimak­asih kepada mereka bagi perkara itu.”

Sirigu, 30 tahun, dijangka mengambil alih tempat Hart selepas tempoh setahun penjaga gol England itu sebagai pemain pinjaman dari Manchester City tamat baru-baru ini.

Sementara destinasi Hart pada masa depan belum lagi ditentukan, presiden Torino, Urbano Cairo berkata: “Kelab Bola Sepak Torino gembira untuk mengumumka­n ia sudah mendapatka­n Salvatore Sirigu dari Paris Saint-Germain.

“Salvatore Sirigu adalah seorang penjaga gol antarabang­sa, dengan pengalaman yang menakjubka­n dalam pertanding­an Eropah dan dunia serta senarai penghormat­an yang mengagumka­n.

“Bersama Paris Saint-Germain (PSG) dia memenangi empat kejuaraan liga, tiga Piala Super Perancis, tiga Piala Liga dan dua Piala Perancis.

“Dia juga penjaga gol terbaik dalam Ligue 1 selama dua musim dan membuat 30 penampilan dalam Liga Juara-Juara.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia