Utusan Borneo (Sabah)

Ledecky sasar layak lima acara renang

-

CHICAGO: Juara Olimpik sebanyak lima kali Katie Ledecky akan cuba layak untuk lima acara individu di Kejohanan Dunia pada bulan depan apabila Kejohanan Renang Amerika Syarikat (AS) bermula semalam di Indianapol­is, Indiana.

Superstar berusia 20 tahun itu dimasukkan ke dalam acara-acara gaya bebas 100, 200, 400, 800 dan 1,500 meter dalam kejohanan lima hari itu dan merupakan juara dunia bertahan pilihan utama dalam kesemua acara kecuali acara 100 meter.

Ledecky memenangi pingat emas Olimpik dalam acara-acara gaya bebas 200, 400 dan 800 meter pada tahun lepas di Rio, mempertaha­nkan mahkota 800 meter yang dia menangi di London, dan membantu pasukan berganti-ganti 4x200 wanita AS menang juga.

Selepas Michael Phelps bersara dari pertanding­an dengan 23 kejuaraan Olimpik dan 28 pingat serta 26 lagi kejuaraan dunia, Ledecky dianggap sebagai bintang renang pelbagai acara Amerika bagi generasi kolam seterusnya yang mendapat inspirasi dari pencapaian Phelps.

Ledecky memenangi kejuaraan dalam acara-acara gaya bebas 400, 800 dan 1,500 meter dunia dan turut menikmati kemenangan dalam acara berganti-ganti bebas 4x200 pada 2013 di Barcelona, kemudian menyusulin­ya di Kazan pada 2015 dengan mempertaha­nkan mahkota tersebut dan juga menambah kejuaraan dunia dalam acara 200 meter.

Sekarang dia mencari kesempatan untuk mempertaha­nkan semua kejuaraan tersebut dan mengambil peluangnya dalam acara 100 meter gaya bebas juga dalam apa yang mungkin pratonton bagi usahanya di Olimpik Tokyo 2020.

Jadual kejohanan AS menyaksika­n Ledecky bertanding dalam acara 100 dan 800 meter pada hari pembukaan, 200 meter pada hari ini (Rabu), 400 meter pada Jumaat dan 1,500 meter pada Sabtu.

Ledecky adalah perenang pilihan keenam dalam acara 100 meter dengan masa benih 53.99 saat, tetapi mereka yang di hadapannya termasuk juara bersama dalam 100 meter gaya bebas di Rio, Simone Manuel.

Ledecky adalah pilihan utama dalam acara 200 meter gaya bebas dengan masa 1:53.73, .12 dari sesaat di bawah rekod Amerika yang dipegang oleh Allison Schmitt dari 2012.

Ledecky memiliki rekod dunia dalam acara-acara 400, 800 dan 1,500 meter gaya bebas, selepas dia mencatatka­n masa 3:56.46 dalam acara 400 meter dan rekod 8:04.79 dalam acara 800 meter sewaktu memenangi pingat emas di Rio pada 2016.

Dia turut memegang rekod dunia dalam acara 1,500 meter iaitu 15:25.48 dari kejohanan dunia pada 2015 dui Rusia, tetapi masa benihnya pada minggu ini hanyalah 15:35.65. – AFP

 ??  ??
 ??  ?? KATIE LEDECKY
KATIE LEDECKY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia