Utusan Borneo (Sabah)

Dua lagi aksi perlawanan futsal negara

Sebagai persiapan skuad futsal negara hadapi Sukan SEA

-

SEPANG: Selepas beraksi cemerlang pada Kejohanan Futsal Antarabang­sa Persatuan Bola Sepak China (CFA) 2017 di Hunan, China, skuad futsal negara bakal menghadapi dua perlawanan persahabat­an antarabang­sa dalam persediaan mereka menghadapi temasya Sukan SEA ke-29 pada 19 hingga 30 Ogos ini.

“Kami mempunyai dua perlawanan persahabat­an antarabang­sa ‘A’ di Kuala Lumpur tetapi pasukan belum lagi dapat mengesahka­nnya.

“Perlawanan persahabat­an itu mungkin akan diadakan pada Julai atau Ogos ini,” kata ketua jurulatih skuad futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong kepada Bernama, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, awal pagi tadi.

Pada Kejohanan Futsal Antarabang­sa CFA, yang melibatkan hanya empat pasukan dengan format permainan liga sepusingan (round robbin), Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga.

“Kejohanan Futsal Antarabang­sa CFA adalah satu kejohanan yang cukup bagus khususnya dalam menguji strategi dan taktikal skuad kebangsaan,” kata Chiew dan menambah ia adalah penyertaan pertama Malaysia dalam kejohanan berkenaan.

Malaysia, yang menduduki ranking ke-69 dunia, membuka langkah kanan apabila seri 3-3 ketika menentang pasukan ranking ke-20 dunia, Republik Czech dalam perlawanan pertama pada 23 Jun lepas dan diikuti kemenangan ke atas pasukan tuan rumah, China (ranking 49), dengan 5-4 pada 24 Jun.

Dalam perlawanan terakhir pada hari berikutnya, Malaysia tunduk 0-5 kepada England (ranking 64).

“Ia merupakan keputusan yang baik untuk seri dengan Republik Czech, yang berada dalam pasukan ranking teratas dalam kejohanan ini. Jika kita tidak terlepas peluang keemasan pada minit terakhir, kita mungkin memberi kejutan dengan mengalahka­n mereka.

“Sama juga seperti perlawanan menentang pasukan China, pemain kami juga bermain dan mengambil peluang dengan baik. Malangnya pada perlawanan menentang Englang...dari aspek fizikal pasukan kami agak kurang begitu juga dari segi kecergasan,” kata Chiew.

Menurut Chiew, kekurangan dari segi fizikal dan kecergasan adalah antara aspek yang akan diberi tumpuan dalam persediaan menghadapi Sukan SEA nanti.

“Itulah kebimbanga­n utama saya, para pemain perlu memberi tumpuan sebelum Sukan SEA. Berdasarka­n kepada pemantauan saya, pemain berjaya mengadapta­si aspek taktikal permainan yang baharu,” katanya.

Empat belas pemain yang beraksi pada Kejohanan Futsal Antarabang­sa CFA itu bukanlah senarai muktamad untuk menggalas cabaran dalam temasya dwitahunan itu nanti.

Dalam pada itu, Chiew berkata empat lagi pemain akan menyertai kem latihan skuad futsal kebangsaan yang bermula Isnin ini. -Bernama

Kejohanan Futsal Antarabang­sa CFA adalah satu kejohanan yang cukup bagus khususnya dalam menguji strategi dan taktikal skuad kebangsaan. CHIEW CHUN YONG Ketua jurulatih

 ?? -Gambar Bernama ?? KETUA Jurulatih Skuad Futsal Lelaki Kebangsaan, Chiew Chun Yong (tengah) bergambar bersama skuad kebangsaan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas berjaya mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Futsal...
-Gambar Bernama KETUA Jurulatih Skuad Futsal Lelaki Kebangsaan, Chiew Chun Yong (tengah) bergambar bersama skuad kebangsaan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas berjaya mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Futsal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia