Utusan Borneo (Sabah)

MHC harap pertimbang­an kali kedua akan berhasil

-

SEPANG: Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) berharap pertimbang­an kali kedua untuk skuad lelaki negara disenaraik­an dalam Program Podium akan berjaya susulan kejayaan pasukan itu menempah tiket ke pusingan akhir Piala Dunia 2018 di India.

Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata pertimbang­an Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) untuk cadangan skuad itu diserapkan ke dalam ProgramPod­ium akan berhasil selepas gagal melepasi proses penilaian ketika program itu dilancarka­n awal tahun lepas.

“Sekiranya pemain skuad kebangsaan diserap ke dalam Program Podium...saya berjanji mereka ini tidak akan menghampak­an Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin),” katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan skuad itu dari London di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Isnin lepas.

Malaysia menempah tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r, India selepas mengalahka­n India 3-2 pada aksi suku saingan Separuh Akhir Liga Hoki Lelaki Dunia (WMHL) di London.

Malaysia kemudian mengakhiri kempen London di tempat keempat selepas kalah 4-1 kepada England pada perlawanan menentukan tempat ketiga.

Program Podium adalah inisiatif jangka panjang yang disusun rapi untuk memastikan atlet negara mencapai kecemerlan­gan di pentas dunia termasuk pada Sukan Asia 2018, Sukan Komanwel 2018 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Subahan berkata melalui Program Podium, ia akan membantu dari segi mengurangk­an kos persatuan dan memberi lebih banyak pendedahan (pertanding­an) kepada pemain.

Katanya, walaupun MHC mempunyai banyak penaja tetapi ia tidak mencukupi untuk menanggung semua perbelanja­an termasuk bayaran gaji staf, jurulatih, pengadil, venue latihan serta kos menyertai latihan dan pertanding­an di benua Eropah.

Jumaat lepas, Khairy berkata kementeria­nnya akan mempertimb­angkan cadangan supaya skuad itu diserapkan ke dalam Program Podium dan cadangan berkenaan akan diperhalus­i oleh Jawatankua­sa Pelan Prestasi Tinggi KBS selepas temasya Sukan SEA 2017, Ogos ini. -Bernama

 ??  ?? PRESIDEN Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal (tengah) bergambar kenangan bersama skuad Hoki lelaki negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini setelah menamatkan saingan di tempat keempat pada...
PRESIDEN Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal (tengah) bergambar kenangan bersama skuad Hoki lelaki negara yang tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini setelah menamatkan saingan di tempat keempat pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia