Utusan Borneo (Sabah)

SABAH, SARAWAK SEPAKAT

Capai pendirian bersama dalam Akta Cukai Pelanconga­n

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak telah mencapai persetujua­n dan pendirian bersama terhadap sebahagian besar peruntukan dalam Akta Cukai Pelanconga­n 2017.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (gambar) berkata satu mesyuarat secara rasminya telah diadakan bersama Kerajaan Negeri Sarawak bagi membincang­kan isu itu pagi kelmarin.

“Antara delagasi dan pegawai kanan dari Kerajaan Negeri Sarawak ialah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pembantu Menteri Datuk Lee Kim Shin, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon dan Timbalan Peguam Besar Sarawak John Wayne Sirau.

“Mesyuarat itu juga berjaya mengilhamk­an beberapa cadangan dan pandangan untuk memperhalu­si beberapa peruntukan dalam akta itu bagi memastikan perkembang­an serta kemampanan terhadap industri pelanconga­n di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju sekiranya akta itu dikuatkuas­akan, ia perlu berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuha­n industri pelanconga­n, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara dan bukan sebagai penghalang kepada daya saing industri itu di negara ini.

Perjumpaan itu juga sebulat suara bersetuju mengenai kandungan draf memorandum (Akta Cukai Pelanconga­n 2017) yang akan dihantar kepada Kerajaan Persekutua­n, untuk diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah dan Sarawak masing-masing bagi pengesahan.

“Kedua-dua pemimpin itu kemudian akan menyerahka­n memorandum itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbang­an dan tindakan selanjutny­a.

“Kepentinga­n industri pelanconga­n di Sabah dan Sarawak menjadi pertimbang­an utama dalam penyediaan memorandum ini.

“Pertumbuha­n dan kelestaria­n industri pelanconga­n adalah sangat penting untuk kesejahter­aan ekonomi masa depan kedua-dua negeri,” katanya.

Masidi berkata seperti yang diumumkan sebelum ini, mesyuarat yang diadakan itu khusus untuk membincang kesan akta itu ke atas Sabah dan Sarawak seterusnya mencari penyelesai­an bersama untuk kedua-dua negeri terhadap beberapa peruntukan dalam akta itu.

Hadir sama Timbalan Peguam Besar Sabah Zaleha Pandin serta pegawai-pegawai kanan dari Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia