Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran enggan pindah

Perbincang­an lanjut akan diadakan untuk teliti semula pilihan lokasi PPS

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Majoriti 1,960 mangsa kebakaran di Kg Hidayat Laut Batu 4 Jalan Apas enggan berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang disediakan di Batu 2 Jalan Apas oleh Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah (JKBA) Tawau.

Berikutan itu, satu perbincang­an lanjut akan diadakan oleh JKBA Tawau untuk meneliti semula pilihan lokasi PPS yang sesuai dengan mengambil-kira pelbagai faktor berkaitan.

Pengerusi JKBA Sabah merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman berkata majoriti mangsa memilih untuk kekal tinggal di kawasan sekitar tapak kebakaran terbabit.

“Kita tidak boleh membiarkan mereka berterusan di sini (sekitar tapak kebakaran), tempat tinggalpun tidak ada,” katanya semasa meninjau tapak kebakaran di sini, kelmarin.

Beliau berkata isu PPS untuk mangsa kebakaran terbabit akan dibincangk­an secara menyeluruh khususnya demi membolehka­n aspek kebajikan mangsa terjaga.

Menurutnya kesemua mangsa yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat terdiri daripada warga tempatan, pemegang IMM13, Sijil Banci Pasukan Petugas Khas dan Surat Banci oleh Bahagian Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri Sabah.

“Mereka terdiri daripada 162 Ketua Isi Rumah (KIR) warganegar­a melibatkan 1,141 orang (605 lelaki, 536 wanita) dan 127 KIR bukan warganegar­a melibatkan 819 orang (405 lelaki, 414 wanita),” katanya.

Lawatan kerjanya diiringi Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Datuk Abd Rashid Harun, Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil, Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus serta wakil jabatan dan agensi lain.

Terdahulu, Alijus berkata pemilihan PPS di Batu 2 Jalan Apas dibuat berikutan masih banyak ruang yang tidak digunakan oleh mangsa kebakaran dari Tanah Merah Batu 2 Jalan Apas dan Blok 10 Kg Titingan yang dipindahka­n semenjak April 2016.

Malah, kawasan PPS itu juga disifatkan sudah mempunyai kemudahan asas seperti tandas, tempat memasak dan set janakuasa elektrik untuk kemudahan mangsa kebakaran.

Mereka terdiri daripada 162 Ketua Isi Rumah (KIR) warganegar­a melibatkan 1,141 orang (605 lelaki, 536 wanita) dan 127 KIR bukan warganegar­a melibatkan 819 orang (405 lelaki, 414 wanita). TAN SRI SUKARTI WAKIMAN Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

 ??  ?? SUKARTI (depan dua, kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada mangsa kebakaran ketika meninjau kawasan kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas kelmarin. - Gambar BERNAMA
SUKARTI (depan dua, kiri) bertanyaka­n sesuatu kepada mangsa kebakaran ketika meninjau kawasan kebakaran di Kampung Hidayat, Batu 4 Jalan Apas kelmarin. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia