Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran bina semula, ikut keputusan Kerajaan Negeri

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kebenaran membina semula struktur rumah di tapak kebakaran pada 1 Julai lepas di Kg Hidayat Laut, Batu 4 Jalan Apas, di sini, bergantung kepada keputusan Kerajaan Negeri.

Presiden Majlis Perbandara­n Tawau merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Bencana Alam Daerah (JKBA) Tawau Alijus Sipil berkata perkara itu mengambil-kira polisi kerajaan.

“Polisi kerajaan kita adalah untuk mengurangk­an jumlah pembinaan rumah di penempatan atas air di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, kelmarin.

Beliau berkata status tanah berkeluasa­n 41 ekar di Batu 4 Jalan Apas adalah untuk penempatan pelarian Filipina di bawah pemantauan Majlis Keselamata­n Negeri Sabah.

Daripada jumlah itu, sebanyak kira-kira 6.5 ekar yang dikenalpas­ti sebagai kawasan terjejas di dalam insiden kebakaran terbabit, yang dianggarka­n melibatkan 253 rumah.

“Selaku pemimpin, (Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Syed Abas Syed Ali) boleh membuat permohonan kebenaran bina rumah semula daripada Kerajaan Negeri.

“Jika ada kebenaran daripada Kerajaan Negeri, rumah-rumah yang hendak dibina semula di situ hendaklah didirikan secara berjauhan dan bukannya rapat-rapat,” katanya.

Menurutnya statistik menunjukka­n hampir 30 peratus mangsa kebakaran di penempatan itu adalah bukan warganegar­a namun terdiri daripada pemegang IMM13 dan pasport.

Selepas diselidik juga, didapati tidak ada satupun daripada 253 rumah yang terjejas di dalam kebakaran itu berdaftar dengan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB).

“Ini bermakna semua bekalan elektrik yang diterima oleh rumah-rumah di tapak kebakaran itu selama ini terlibat di dalam penyambung­an secara haram,” katanya.

Malah, beliau berkata bekalan air sah yang disalurkan oleh Jabatan Air Sabah hanya sepanjang kira-kira 30 meter ke rumah-rumah terjejas, selebihnya lagi tidak diketahui.

Statistik pendaftara­n mangsa kebakaran menunjukka­n seramai 1,141 warganegar­a (170 Ketua Isi Rumah-KIR) dan 819 bukan warganegar­a (91 KIR) direkodkan dengan keseluruha­nnya membabitka­n seramai 1,960 mangsa dan 253 KIR.

Utusan Borneo difahamkan, kebakaran besar pada 1 Julai lepas di Kg Hidayat Laut itu berpunca daripada insiden litar pintas akibat bekalan elektrik yang ‘terlebih beban’.

 ??  ?? TAPAK kebakaran di Kg Hidayat Laut Batu 4 Jalan Apas, yang menyaksika­n sekurangse­kurangnya 253 rumah musnah dalam tragedi itu.
TAPAK kebakaran di Kg Hidayat Laut Batu 4 Jalan Apas, yang menyaksika­n sekurangse­kurangnya 253 rumah musnah dalam tragedi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia