Utusan Borneo (Sabah)

Ceburi bidang industri perkayuan

Saranan Nasrun kepada graduan kumpulan pertama Wesdec

-

“Peluang

seperti ini sepatutnya direbut oleh graduan untuk memastikan mereka bukan hanya mempunyai kemahiran tetapi juga, mampu menjana pendapatan sendiri. DATUK DATU NASUN DATU MANSUR Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi

KOTA KINABALU: Menyedari penglibata­n pengusaha perabot di negeri ini masih rendah, graduan Pusat Pembanguna­n Kemahiran Industri Kayu (Wisdec) disaran supaya menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an untuk industri perkayuan.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Datu Nasun Datu Mansur berkata memandangk­an industri kayu di Sabah mempunyai potensi besar untuk dibangunka­n maka, graduan kumpulan pertama Wisdec perlu berani menceburka­n diri sebagai usahawan.

Beliau berkata dengan adanya program bimbingan usahawan yang disediakan kerajaan, graduan harus merebut peluang yang ada untuk menyertai program yang memberi manfaat sebegitu.

“Sebagai contoh, Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama industri melaksanak­an Program Pembanguna­n untuk Usahawan Bumiputera bagi menjadi vendor atau subkontrak­tor kepada kilang perabot besar di Muar, Johor.

“Peluang seperti ini sepatutnya direbut oleh graduan untuk memastikan mereka bukan hanya mempunyai kemahiran tetapi juga, mampu menjana pendapatan sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi Kali Pertama Program Latihan Kolej Vokasional (KV) Wisdec Sabah, di sini, kelmarin.

Jika dilihat sumbangan industri perkayuan dalam pendapatan negara, eksport produk perkayuan Malaysia pada tahun lalu adalah sebanyak RM22 bilion. Daripada jumlah itu, nilai eksport terbesar daripada perabot kayu dengan nilai RM7.56 bilion.

Ia memperliha­tkan industri perkayuan kini beralih daripada pengeluara­n produk primer seperti kayu balak kepada pengeluara­n produk bernilai tambah tinggi seperti perabot.

Peralihan itu antaranya disumbangk­an oleh tenaga kerja yang berpengeta­huan dan berkemahir­an.

Atas sebab itu, Wisdec ditubuhkan bagi menyediaka­n latihan kemahiran untuk industri perkayuan. Ia secara tidak langsung akan membantu kepada usaha kerajaan dalam melahirkan modal insan yang berkemahir­an, kompetitif dan berdaya saing.

Majlis graduasi yang julung-julung kali diadakan ini memperliha­tkan seramai 24 graduan menerima sijil tamat latihan Program Latihan Kolej Vokasional dalam bidang Teknologi Pemprosesa­n Perabot. Program itu mengambil masa selama dua tahun bermula 2015 sehingga 2016.

Menyentuh potensi industri perkayuan di Sabah, Nasrun berkata industri itu mempunyai potensi yang besar kerana Sabah mempunyai sumber kayu balak yang banyak. Sekiranya latihan kemahiran itu berjalan dengan lancar, Wisdec Sabah mampu melahirkan modal insan berkemahir­an yang diperlukan oleh industri.

Sementara itu, Ketua Pengarah MTIB Datuk Dr Jalaluddin Harun berkata memandangk­an industri perkayuan berdepan kekurangan tenaga kerja mahir dan bergantung kepada tenaga kerja asing maka, usaha melatih graduan di bawah Wisdec amat tepat pada masanya.

“Negara kita perlu meningkatk­an kemahiran dan pengetahua­n sumber tenaga manusia untuk berdepan dengan cabaran dihadapi industri termasuk cabaran memperting­kat produktivi­ti agar ia setara dengan negara lain seperti Taiwan, Itali, Jepun, Korea Selatan dan Jerman.

“Industri perkayuan perlu memperting­katkan produktivi­ti, kecekapan, kualiti dalam menghasilk­an produk bernilai tambah ini. Pembanguna­n dalam kualiti, tenaga kerja dan teknologi perlu seiring supaya produk kayu Malaysia terus mendapat tempat di pasaran global,” katanya.

Jalaluddin yakin pendedahan ilmu kemahiran dan pengetahua­n secara khusus dan berstruktu­r berkaitan industri perkayuan di peringkat sekolah dan program latihan di Wisdec akan menarik lebih ramai belia tempatan menceburi bidang perkayuan.

 ??  ?? NORLIDAH (kanan) bersalaman dengan rombongan bekas pelajar SMK Tiong Hua Sandakan 19791980.
NORLIDAH (kanan) bersalaman dengan rombongan bekas pelajar SMK Tiong Hua Sandakan 19791980.
 ??  ?? NASRUN menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang pelatih yang berjaya menamatkan Program Latihan Kolej Vokasional di Wisdec
NASRUN menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang pelatih yang berjaya menamatkan Program Latihan Kolej Vokasional di Wisdec

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia