Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki tempatan berhadapan hukuman penjara 20 tahun

Didakwa beri dokumen palsu kepada penjawat awam

-

“Tertuduh

didakwa memberikan Invois Nasha Enterprise dan Pesanan Kerajaan bertarikh 22 Oktober 2013 kepada Penolong Akauntan Unit Bayaran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah, dengan niat memperdaya­kan prinsipaln­ya.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas pertuduhan memberikan dokumen yang mengandung­i butiran-butiran palsu kepada seorang penjawat awam.

Kaslan Jiman, 46, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, setelah pertuduhan dibacakan kepadanya.

Oleh itu, mahkamah menetapkan pada 14 Ogos tahun ini sebagai tarikh sebutan semula terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh didakwa memberikan Invois Nasha Enterprise dan Pesanan Kerajaan bertarikh 22 Oktober 2013 kepada Penolong Akauntan Unit Bayaran Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah, dengan niat memperdaya­kan prinsipaln­ya.

Iaitu, dokumen-dokumen terbabit mempunyai pernyataan palsu berkenaan kerja-kerja pembaikan pintu pejabat pentadbira­n, perpustaka­an dan pejabat hal ehwal pelajar di Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut bernilai RM19,800 yang sudah dilaksanak­an tetapi sebenarnya tidak.

Kesalahan dilakukan pada 28 Oktober 2013 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, di sini.

Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai butiran yang palsu, atau RM10,000 mengikut mana-mana nilai yang lebih tinggi.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Awang Samsul Baharum Bongsu dari SPRM mencadangk­an tertuduh diberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 deposit RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

“Sekiranya tertuduh mempunyai pasport antarabang­sa, mohon diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Kaslan merayu agar jumlah berkenaan dikurangka­n kerana tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Sekarang saya berniaga sendiri. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang belajar di institut pengajian tinggi,” katanya.

Abu Bakar membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 deposit RM8,000 yang dicagarkan seorang penjamin tempatan.

 ??  ?? KASLAN (tengah) diiringi pegawai SPRM ketika keluar dari kamar mahkamah.
KASLAN (tengah) diiringi pegawai SPRM ketika keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia