Utusan Borneo (Sabah)

Merdeka Neon Run pada 26 Ogos buka penyertaan

-

LAHAD DATU: Orang ramai di negeri ini adalah dipelawa bagi menyertai larian ‘Neon Run sempena Sambutan Bulan Kemerdekaa­n Ke-60 tahun’ yang dianjurkan oleh Momoy Secret Studio dan dijangka bakal berlangsun­g pada 26 Ogos depan.

Pengerusin­ya Mah Chean Yi@Momoy berkata program yang julungkali­nya dianjurkan di daerah Lahad Datu itu adalah bertujuan menyemarak­kan semangat patriotik serta menggalakk­an orang ramai lebih menghayati Bulan Kemerdekaa­n di samping melahirkan rasa kesyukuran dan lebih menghargai jasa pengorbana­n para pejuang terdahulu dalam mengecap erti sebuah kemerdekaa­n.

Selain itu, menerusi penganjura­n itu juga diharap ia akan dapat merapatkan hubungan silaturahi­m sesama peserta selain menggalakk­an orang luar untuk berkunjung ke daerah itu sekaligus mengembali­kan keyakinan masyarakat bahawa daerah Lahad Datu sememangny­a selamat untuk dikunjungi oleh mana-mana pihak pada bila-bila masa.

Katanya larian itu dijangka akan dilepaskan pada jam 8 malam bermula dari Stadium Kompleks Sukan Lahad Datu dan seterusnya menuju ke lampu isyarat Bandar Sri Perdana sebelum kesemua peserta berpatah balik ke stadium bagi menamatkan acara larian mereka melibatkan jarak sejauh 8 kilometer.

“Program itu turut dijangka bakal disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi Datuk Hj Datu Nasrun Hj Datu Mansur yang juga Ahli Parlimen Silam.

“Sehingga kini, terdapat lebih 300 penyertaan telah diterima dan saya menjangkak­an penyertaan yang bakal diperolehi sehingga hujung bulan Julai ini adalah mencecah sehingga 2,000 peserta,” katanya sambil menambah, 1,000 peserta pendaftara­n terawal juga bakal memperoleh­i seutas ‘LED

Bangle’ (gelang berlampu) dan sehelai baju-T eksklusif.

Menurut Mah program itu terbahagi kepada dua kategori. Kategori 19 tahun ke bawah lelaki dan wanita, johan bakal membawa pulang wang tunai RM200, tempat kedua RM150, ketiga RM100 sementara tempat keempat dan kelima masing-masing akan menerima sebanyak RM50.

Manakala bagi kategori terbuka 20 tahun ke atas lelaki dan wanita, johan bakal menerima hadiah wang tunai bernilai RM500, naib johan RM300, ketiga RM200 sementara tempat keempat hingga kesepuluh bakal menerima RM100.

Sebelum ini, pihaknya turut giat melancarka­n roadshow di beberapa daerah dan akan menuju ke Sandakan bagi destinasi berikutnya untuk tujuan mempromosi program.

Dalam pada itu, orang ramai khususnya di daerah ini amatlah dialu-alukan menyertai larian Neon Run bagi memeriahka­n lagi suasana majlis di samping berpeluang memenangi cabutan tiket bertuah yang mana hadiah utama adalah sebuah telefon bimbit Iphone 7.

“Setinggi penghargaa­n dan terima kasih diucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Negeri Sabah, Persatuan Berbasikal Lahad Datu, Combat Fitness, Pejabat Daerah Lahad Dat u dan Pasukan Polis Diraja Malaysia di atas sokongan, sumbangan dan kerjasama yang diberikan untuk terus menyokong usaha Momoy Secret Studio dalam melancarka­n larian Merdeka Neon Run kali ini.

“Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak,” katanya. - Oleh MOHD NAZIB MACPEE

 ??  ?? MAH (dua kiri) bersama barisan AJK yang terlibat merakamkan album kenangan.
MAH (dua kiri) bersama barisan AJK yang terlibat merakamkan album kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia