Utusan Borneo (Sabah)

Memandu tanpa lesen: Sembilan pesalah trafik didenda

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seramai sembilan individu dihadapkan ke Mahkamah Majistet di sini atas kesalahan memandu tanpa lesen.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata daripada jumlah itu seramai dua pesalah trafik yang turut mempunyi rekod waran tangkap telah menyerah diri atas kesalahan yang sama.

Katanya, kesemua individu berkenaan didakwa mengikut Seksyen 26 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, dan dikenakan denda sebanyak RM300 setiap seorang.

“Semasa pertuduhan dibacakan kesemua pesalah mengaku salah dan memohon rayuan mengurangk­an hukuman terhadap kesalahan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, sebanyak 24 kes lagi waran tangkap baru telah dimohon atas pelbagai kesalahan trafik yang dikesan.

“Saya berharap agar kesemua individu yang dikenakan waran tangkap agar dapat menghadirk­an diri ke mahkamah bagi memudahkan kelancaran perbicaraa­n kes dijalankan,” katanya.

Di Ipoh, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret kelmarin atas tuduhan memecahkan pintu utama pejabat pertanyaan Balai Polis Tanjung Rambutan.

Tertuduh P.Sivam, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Salwa Ja’afar dan mahkamah memerintah­kan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 29 Jun lalu.

Sivam didakwa melakukan khianat dengan memecahkan pintu utama premis milik kerajaan yang menyebabka­n kerugian lebih kurang RM500 di balai polis berkenaan kirakira 10.15 malam, 29 Jun lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dalam keadaan mabuk berlari memasuki perkaranga­n balai polis dan secara tiba-tiba merempuh pintu kaca pejabat pertanyaan itu sehingga pecah.

Tertuduh yang diwakili Chiang Mei Wan dari Yayasan Biro Guaman Kebangsaan memohon agar anak guamnnya dikenakan hukuman ringan kerana dia mempunyai enam orang anak selain menginsafi kesilapann­ya.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Naidatul Athirah Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia