Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki didakwa lakukan ugutan jenayah

- Oleh NURASYIKIN HAMZA Pelatih UMS

KOTA KINABALU: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas kesalahan melakukan ugutan jenayah yang boleh mendatangk­an kecederaan.

Tertuduh Masri Mahali, 30, didakwa mengugut dan mengancam akan mencederak­an seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, di perumahan Suang Parai, Kluster Likas, di sini, pada 27 Jun tahun ini jam 5 petang.

Bagaimanap­un, tiada perakuan diambil daripada tertuduh dan Pendaftar Makhamah Rendah Rita Konsui menetapkan 10 Julai depan untuk sebutan semula kes. Mahkamah membenarka­n ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan ke atas tertuduh.

Dalam kes berasingan, seorang pemuda berusia 19 tahun didakwa atas pertuduhan yang sama.

ZazZailand Alfano Zainuddin Muhammad tidak mengaku bersalah atas pertuduhan mengugut menggunaka­n pisau.

Tertuduh didakwa melakukan jenayah berkenaan pada 30 Jun 2017 jam 6.30 petang di tingkat lima, sebuah bilik di ApiApi Centre di sini.

Namun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh dan Rita membenarka­n ikat jamin sebanyak RM 2,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan tarikh yang sama bagi sebutan semula kes terhadap tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Untuk pertuduhan itu, Masri dan Zazzailand didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, memperuntu­kkan hukaman penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda, atau dengan keduaduany­a sekali jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pendakwaan itu dikendalik­an Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kapit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia