Utusan Borneo (Sabah)

Pam air tersumbat pasir, lumpur

Ribuan pengguna hadapi masalah bekalan air sejak Ahad

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Ribuan penduduk dari ratusan kampung di daerah ini, kini menghadapi masalah ketiadaan bekalan air terawat sejak Ahad berikutan dua pam air di kawasan Lipasu milik Jabatan Air Bahagian Ranau tersumbat timbunan pasir dan lumpur akibat banjir sejak Sabtu.

Tinjauan di lokasi kelmarin mendapati kedua-dua pam itu telah tersumbat dan memerlukan tindakan segera untuk membaik pulih dengan menggunaka­n jentera.

Jurutera Jabatan Air Bahagian Ranau, Mohd Kharul Faizie, ketika dihubungi berkata pihaknya kini bertungkus-lumus membuka timbunan pasir pada pam tersumbat itu dan seterusnya membaik pulih bekalan kepada pengguna.

“Bagaimanap­un, kerja membuka pasir di pam itu tertakluk kepada keadaan cuaca,” katanya sambil memohon maaf kepada pengguna atas segala kesulitan dialami.

Sementara itu, seorang ahli jawatankua­sa Umno Bahagian Ranau Dato’ Haji Saprin Karim yang turun padang melihat sendiri kawasan pam tersumbat itu, mencadangk­an kepada kerajaan supaya mengambil perhatian serius berhubung masalah gangguan bekalan air terawat kepada penduduk di Ranau, yang seringkali berlaku sejak gempa bumi pada 5 Jun 2015.

“Saya mencadangk­an supaya kerajaan membina satu tangki besar bawah tanah bagi mengumpul atau sebagai simpanan air bersih untuk dialirkan segara kepada para pengguna apabila berlaku banjir di Sungai Liwagu, Sungai Bambangan serta Sungai Mesilou Adan B.

“Pembinaan tangki bawah tanah tidak menelan kos yang terlalu tinggi berbanding cadangan memindahka­n lokasi tadahan JABR ke Sungai Mokodou, Sungai Nokemura atau Sungai Konipir yang menelan kos lebih RM200 juta selain memakan masa yang lama untuk dilaksanak­an.

“Apa yang perlu sekarang adalah untuk menyelesai­kan masalah ketiadaan bekalan air terawat dalam jangka masa yang cepat, bukan menunggu pembinaan yang melibatkan jangka masa yang panjang,” katanya.

 ??  ?? SAPRIN (kiri) turut turun padang meninjau ke lokasi pam Water Intake Lipasu yang tersumbat itu.
SAPRIN (kiri) turut turun padang meninjau ke lokasi pam Water Intake Lipasu yang tersumbat itu.
 ??  ?? DUA pam di Water Intake Lipasu yang tersumbat.
DUA pam di Water Intake Lipasu yang tersumbat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia