Utusan Borneo (Sabah)

Selamatkan anjing dan kucing terbiar, cedera

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Persatuan Pencegahan Kezaliman Terhadap Haiwan (SPCA) Sandakan di sini mengalu-alukan sumbangan orang ramai ke arah memastikan kelangsung­an usaha organisasi itu dalam menyelamat­kan anjing serta kucing cedera dan terbiar di sekitar daerah ini.

Sebagai sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang aktif dalam menyelamat­kan haiwan cedera dan terbiar, S P CAS andaka n bergantung dengan sokongan orang ramai yang prihatin menyumbang­kan keperluan untuk pusat perlindung­an itu yang ditubuhkan pada 2012.

Menurut Setiausaha SPCA Sandakan, Voo Min Gin, kesemua sumbangan yang diperolehi akan disalurkan untuk menyelamat­kan haiwan serta menampung operasi pusat perlindung­an itu.

“Ini termasuk untuk menaiktara­f dan mengekalka­n pusat perlindung­an ini, penjagaan perubatan untuk haiwan diselamatk­an, inspektora­t, kos veterinar, kos utiliti pusat perlindung­an serta makanan harian bagi haiwan.

“Dan untuk makanan harian, pusat perlindung­an ini amat memerlukan makanan kering dan basah untuk anjing dan kucing selain beras, daging atau tulang ayam serta roti,” katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Selain itu, SPCA Sandakan juga mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang­kan kandang dan tuala terpakai untuk kegunaan haiwan di pusat perlindung­an.

Ketika ini, terdapat kira-kira 200 anjing dan kucing berada di pusat perlindung­an SPCA Sandakan.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh datang ke SPCA Sandakan di Jalan Datuk Tay, Batu 8 pada waktu bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) atau 9 pagi hingga 4 petang pada Sabtu.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anjing dan kucing yang berada di pusat perlindung­an SPCA Sandakan.
SEBAHAGIAN anjing dan kucing yang berada di pusat perlindung­an SPCA Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia