Utusan Borneo (Sabah)

BN komited bantu rakyat

Meliputi semua aspek kemudahan, termasuk di luar bandar

-

“Kerajaan BN akan membantu tanpa mengira sejauh mana sekali pun mereka berada, walau di kampung, pedalaman dan luar bandar. DATUK SAMSUDIN YAHYA Adun Sekong

SANDAKAN: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha dan komited membantu semua rakyat termasuk penduduk di luar bandar.

Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata kerajaan BN akan membantu tanpa mengira sejauh mana sekali pun mereka berada, walau di kampung, pedalaman dan luar bandar.

Katanya kerajaan BN telah melakukan semua yang terbaik untuk rakyat seperti menyediaka­n bermacamma­cam bantuan termasuk perumahan, kesihatan dan pendidikan.

“Alhamdulil­lah, penduduk di DUN Sekong nampaknya menghargai sumbangan itu apabila menunjukka­n tanda sokongan padu kepada BN.

“Sehubungan itu, saya meminta penduduk DUN Sekong, Parlimen Batu Sapi agar menolak parti pembangkan­g pada pilihan raya umum akan datang.

“Slogan ‘Jom Bantu Rakyat’ yang diperkenal­kan kerajaan BN adalah selari dengan usaha kerajaan mahu membantu rakyat tanpa mengira masa dan keadaan. Slogan itu juga membuktika­n komitmen kerajaan untuk terus membela nasib rakyat, terutama apabila ditimpa musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penyerahan kerusi roda melalui peruntukan Adun Sekong di Kampung Gas Baharu, Batu Sapi, kelmarin.

Samsudin yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Sapi turut mengalualu­kan kenyataan beberapa pemimpin Wanita Umno mengenai cadangan 20 calon Wanita BN di tambah dengan mengekalka­n yang lama dan menambah muka baharu.

Jelasnya sudah tiba masanya untuk pucuk kepimpinan BN Pusat dan negeri memberi pertimbang­an serius kepada cadangan kira-kira 20 calon Wanita BN Sabah yang dikemukaka­n untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Ini membuktika­n bahawa wanita yang menjadi tulang belakang parti turut diberi peluang. Kepimpinan BN negeri dan Pusat wajar memberi pertimbang­an serius.

“Malah, kita melihat beberapa pemimpin utama dunia dalam kalangan wanita. Oleh itu, sudah tiba masanya kita buktikan sokongan wanita parti ini dengan memberi peluang cadangan 20 calon dari kalangan wanita BN,” katanya yang juga pengerusi BN Parlimen Batu Sapi.

Dalam majlis berlainan, Samsudin turut menyampaik­an sebuah kerusi roda melalui peruntukan Adun kepada Matahar di Kampung Batu Sapi Laut selain menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Puteri Umno Batu Sapi, Hazulizah Mohd Dani di Taman Sejati Ujana, Batu 7.

 ??  ?? SAMSUDIN menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Puteri Umno Batu Sapi di Taman Sejati Ujana.
SAMSUDIN menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ketua Puteri Umno Batu Sapi di Taman Sejati Ujana.
 ??  ?? MATAHAR dari Kg Batu Sapi Laut, Sandakan menerima kerusi roda daripada Samsudin.
MATAHAR dari Kg Batu Sapi Laut, Sandakan menerima kerusi roda daripada Samsudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia