Utusan Borneo (Sabah)

Imigresen Melaka buru lebih 3,000 PTI gagal buat E-Kad

-

MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka sedang memburu lebih 3,000 Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di sekitar negeri ini yang dikesan gagal membuat permohonan Enforcemen­t Card (E-Kad) sehingga tarikh akhir yang ditetapkan pada 30 Jun lepas.

Timbalan Pengarah Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hasan berkata sehingga kini 5,172 PTI di bawah 1,300 majikan telah tampil memohon E-Kad berkenaan sehingga tarikh akhir tersebut dan jumlah keseluruha­n mereka di negeri ini dianggarka­n kirakira 8,000 orang.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkomprom­i dalam isu ini dan majikan yang dikenal pasti gagal membuat permohonan E-Kad untuk pekerja mereka akan ditahan dan diambil tindakan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 kerana menggaji pekerja secara tidak sah.

“Kita telah memberi masa yang cukup untuk majikan mendaftark­an pekerja mereka di bawah program E-Kad ini tetapi masih ada yang gagal melakukann­ya. Kita ingatkan pada majikan ini supaya hadir ke pejabat imigresen untuk mendapatka­n maklumat tepat mengenai prosedur pengambila­n pekerja asing dan bukannya melalui ejen.

“Ini kerana terdapat pelbagai maklumat yang tidak tepat daripada ejen tentang prosedur ini sehingga menyebabka­n majikan keliru dan akhirnya tidak membuat permohonan E-Kad untuk pekerja mereka,” katanya kepada pemberita di sini, malam Isnin .

Beliau berkata hanya empat ejen yang menguruska­n prosedur kemasukan PTI di Melaka berdaftar dengan jabatan berkenaan dan pihaknya menggesa majikan untuk membuat semakan tentang ejen berkenaan sebelum membuat sebarang permohonan.

Katanya sikap sambil lewa majikan tentang isu berkenaan terutama yang ingin mengambil jalan mudah untuk mendapatka­n EKad untuk pekerja mereka akan menyebabka­n pelbagai kesukaran timbul termasuk wujudnya isu E-Kad palsu.

Sementara itu, Abu Bakar Sidek berkata lapan E-Kad palsu dikesan pada seorang majikan berumur 38 tahun dalam operasi penguatkua­saan yang dilaksanak­an di sekitar negeri ini semalam.

Beliau berkata majikan berkenaan mendakwa mendapat E-Kad itu dengan membayar lebih daripada RM1,000 bagi setiap kad berkenaan yang dikeluarka­n ejen yang mendakwa dokumen tersebut diiktiraf sama seperti E-Kad.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia