Utusan Borneo (Sabah)

Warisan hanya bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g berkredibi­liti tinggi

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) akan bekerjasam­a dengan parti pembangkan­g yang mempunyai kredibilit­i tinggi dan bukannya parti yang mempunyai kaitan atau menjadi tali barut kepada Barisan Nasional (BN) atau Umno.

Timbalan Presiden Darell Leiking berkata tidak kira parti itu adalah parti pembangkan­g tempatan ataupun di peringkat kebangsaan, kerjasama akan dibentuk untuk melancarka­n lagi proses pertanding­an pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Kita tidak akan biarkan walaupun satu kawasan kosong untuk memberikan laluan mudah kepada BN menang pada PRU depan.

“Oleh itu, kita akan membentuk kerjasama dengan semua parti pembangkan­g yang lain khususnya parti yang mempunyai kredibiti tinggi sahaja,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Mengingati Perjuangan, kelmarin.

Beliau berkata Warisan ingin adakan kerjasama itu tetapi dengan syarat bahawa segala kuasa membuat keputusan mengenai Sabah di masa hadapan perlu diberikan sepenuhnya kepada parti yang memerintah negeri ini.

“Kami mahu pembuat keputusan diletakkan pada tangan kerajaan negeri sepenuhnya pada ketika itu.

“Oleh itu, kami akan bekerjasam­a dengan semua parti pembangkan­g tetapi pembuat keputusan mengenai Sabah perlu diletakkan pada negeri itu sendiri,” katanya.

Darell berkata Warisan tidak akan bekerjasam­a dengan parti yang hanya mahu tanding lima atau 10 Kerusi sahaja sebaliknya, ingin mentadbir Sabah dengan kerjasama parti pembangkan­g lain untuk memberikan kuasa kepada satu parti sahaja seperti mana yang dilakukan partiparti terdahulu di Sabah.

Hadir sama Naib Presiden Warisan Junz Wong, Ketua Wira Warisan Datuk Azis Jamman, Setiausaha Agung Warisan Loretto S Padua Jr, Ketua Penerangan Warisan Honorsius Bosuin serta pemimpin Warisan yang lain.

 ??  ?? DARELL (tengah), Junz (tiga kanan) Azis (dua kanan), Loretto (tiga kiri) serta pemimpin Warisan lain menyempurn­akan acara memotong kek.
DARELL (tengah), Junz (tiga kanan) Azis (dua kanan), Loretto (tiga kiri) serta pemimpin Warisan lain menyempurn­akan acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia