Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan pastikan rakyat nikmati kemakmuran

-

KUALA PENYU: Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan rakyat terus menikmati keharmonia­n dan kemakmuran.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata usaha yang dilakukan oleh kerajaan sentiasa dipertingk­atkan dari masa ke semasa.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk memberikan apa yang terbaik kepada rakyat... keharmonia­n dan kemakmuran bukan hanya untuk dinikmati pada waktu ini tetapi akan dipastikan dinikmati oleh generasi akan datang,” katanya ketika ditemui pada program Malam Gemilang Aidilfitri 2017anjura­n KRT Kampung Kekapor, di sini.

Beliau berkata keharmonia­n dan kemakmuran yang dinikmati itulah yang membolehka­n rakyat meraikan sambutan perayaan keagamaan di negara ini dengan suasana yang menggembir­akan.

Katanya perayaan itu diraikan oleh seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum. Seperti Aidilfitri, perayaan itu tidak hanya disambut dan diraikan oleh umat Islam tetapi ia juga dimeriahka­n oleh mereka yang bukan beragama Islam.

“Inilah keistimewa­an yang kita perolehi hasil daripada keharmonia­n dan kemakmuran yang diberi keutamaan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan suasana seumpama ini sudah lama kita naikmati,” katanya.

Isnin berkata rakyat sendiri memahami perjuangan kerajaan yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Kerajaan bukannya berjuang untuk kepentinga­n seseorang atau individu tertentu tetapi keutamaan kerajaan BN adalah rakyat.

Menurutnya rakyat tidak seharusnya mudah mempercaya­i apa yang disebarlua­skan oleh parti pembangkan­g termasukla­h parti baharu yang dipimpin oleh bekas pemimpin Umno.

“Sama ada parti pembangkan­g mahupun parti baharu, kedua-duanya dipimpin oleh mereka yang pernah berada dalam Umno dan BN.

“Umno dan BN yang meletakkan rakyat sebagai keutamaan perjuangan­nya tidak memerlukan pemimpin seperti itu, rakyat juga seharusnya tidak memerlukan mereka,” katanya.

Beliau berkata pemimpin yang meninggalk­an Umno atau BN adalah mereka yang sebenarnya berjuang untuk kepentinga­n diri sendiri dan bukannya untuk kepentinga­n rakyat.

“Ini amat jelas dan rakyat perlu bertindak bijak dengan tidak memberikan sokongan kepada mereka,” katanya.

 ??  ?? ISNIN menyampaik­an duit raya kepada salah seorang kanak-kanak. ISNIN menyampaik­an hadiah kepada seorang pengunjung bertuah.
ISNIN menyampaik­an duit raya kepada salah seorang kanak-kanak. ISNIN menyampaik­an hadiah kepada seorang pengunjung bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia