Utusan Borneo (Sabah)

Pena bantah kelonggara­n

Syarat lulus BM untuk pegawai perubatan UD41

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN

KOTA KINABALU: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena) membantah tindakan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) yang membenarka­n pengambila­n pegawai perubatan UD41 secara kontrak oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

Presiden Pena Dr Mohamad Saleeh Rahamad berkata kelonggara­n tidak wajar diberikan langsung kepada semua siswazah perubatan warganegar­a Malaysia kerana bertentang­an dengan Fasal 152 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Katanya mereka mestilah juga mengikut syarat dan prosedur JPA yang standard bagi semua penjawat perkhidmat­an awam.

“Kenapa perkhidmat­an perubatan diberi pengecuali­an dan kelonggara­n?

“Kami memandang perkara ini dengan penuh prihatin kerana kesannya sangat besar,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Beliau menegaskan secara tidak langsung tindakan itu meminggirk­an kepentinga­n Bahasa Melayu sedangkan itulah satu-satunya prinsip yang masih ada dalam agenda pembentuka­n negara bangsa.

“Jika ini dibenarkan, nescaya akan lebih banyak pihak atau sektor perkhidmat­an yang lain menuntut kelonggara­n yang serupa. Lama-kelamaan jawatan lantikan tetap pula yang akan diberi kelonggara­n,” katanya.

Mohamad berkata sepatutnya semua warganegar­a Malaysia memiliki kelulusan Bahasa Malaysia memandangk­an itulah unsur yang memanif-estasikan identiti dan syarat kewarnegar­aan.

Jika subjek yang kritikal dalam bidang perubatan mampu dikuasai oleh mereka kenapa pula subjek Bahasa Malaysia tidak mampu dikuasai. Adakah golongan berkenaan memang tidak menghormat­i bahasa kebangsaan?

“Kami menentang sekeras-kerasnya sebarang kelonggara­n atas asas kaum. Semua kaum perlu menghormat­i Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berdaulat.

“Kami menuntut JPA, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pendidikan (SPP) melakukan keadilan dan mematuhi syarat pelantikan yang sama bagi semua sektor perkhidmat­an,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Penyair Malaysia (Penyair) berpendapa­t usaha melonggark­an syarat lulus Bahasa Melayu dalam SPM bererti kita sedang meminggirk­an Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, kata Presidenny­a A Rahim Abdullah.

“Oleh itu, Kementeria­n Pendidikan harus bertegas untuk tidak tunduk kepada cadangan Kementeria­n Kesihatan demi masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan, petang kelmarin.

Menurutnya sekali pandang, isu itu juga bertentang­an dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan pemersatua­n yang sudah termaktub di dalam Perlembaga­an Malaysia.

“Kelonggara­n

tidak wajar diberikan langsung kepada semua siswazah perubatan warganegar­a Malaysia kerana bertentang­an dengan Fasal 152 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. DR MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Presiden Pena

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia