Utusan Borneo (Sabah)

Mohon tindakan segera atasi hakisan pantai Jalan Pelabuhan, Kuantan

-

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang digesa mengambil tindakan segera bagi menangani masalah hakisan pantai sepanjang 1 kilometer (km) di tepi Jalan Pelabuhan di sini, yang didakwa semakin teruk sejak dua bulan lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu berkata hakisan itu telah menyebabka­n kabel elektrik dan laluan paip air bawah tanah di kawasan itu terdedah dan dikhuatiri boleh mendatangk­an bahaya kepada penduduk.

Ia juga dibimbangi boleh menyebabka­n gangguan elektrik atau air di kawasan pelabuhan dan perumahan sekitarnya termasuk Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang di sini, yang terletak kira-kira 2 km dari pantai yang dikenali penduduk sebagai Pantai Pelabuhan atau Pantai Kampung Selamat, katanya.

“Keadaan kabel elektrik dan paip air yang terdedah dikhuatiri boleh pecah atau terputus jika dipukul ombak besar atau terkena kayu mahupun objek besar lain bawaan ombak semasa air pasang.

“Selain itu, hakisan ini hanya sekaki daripada jalan raya yang merupakan laluan utama penduduk sekitar, yang dikhuatiri boleh mendatangk­an risiko kemalangan jika tidak menyedari keadaan tebing jalan yang terhakis,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Andansura memohon Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengambil tindakan segera meletakkan papan tanda dan pita amaran bagi memastikan pengguna jalan raya menyedari tentang hakisan itu.

Beliau mendakwa pihaknya telah memfailkan aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) Gebeng di sini dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) berhubung masalah itu, namun tiada maklum balas diterima.

“Hanya Telekom Malaysia Berhad yang hadir meninjau kawasan yang terhakis, namun pemerhatia­n mereka mendapati kabel milik mereka tidak terjejas kerana terletak jauh daripada kawasan hakisan,” katanya.

Andansura juga mendesak supaya kajian menyeluruh dilakukan bagi mengenal pasti punca hakisan itu, yang didakwa tidak pernah berlaku seteruk itu sebelum ini, berdasarka­n pengalaman hakisan lalu yang berlaku di beberapa pantai sepanjang Beserah. -Bernama

 ??  ?? ANDANSURA (tengah) bersama Pengurus Besar Telekom Malaysia Pahang Zulfikri Hashim (kanan) melihat hakisan pantai yang berlaku di Pantai Pelabuhan kelmarin. Hakisan hingga ke bahu jalan itu turut menampakka­n saluran paip air dan kabel elektrik...
ANDANSURA (tengah) bersama Pengurus Besar Telekom Malaysia Pahang Zulfikri Hashim (kanan) melihat hakisan pantai yang berlaku di Pantai Pelabuhan kelmarin. Hakisan hingga ke bahu jalan itu turut menampakka­n saluran paip air dan kabel elektrik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia