Utusan Borneo (Sabah)

TPM tetapkan KPI polis Kelantan sekat kemasukan dadah di sempadan

-

KUCHING: Polis Kelantan diarah meningkatk­an usaha membantera­s gejala penyeludup­an dadah dari negara jiran, terutama dalam aspek siasatan dan pengawasan ‘jalan-jalan tikus’ di sekitar kawasan sempadan negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu buat Ketua Polis Kelantan, untuk mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan bahan terlarang itu ke dalam negara dengan lebih drastik.

Katanya beliau telah beberapa kali menyuaraka­n keprihatin­annya terhadap masalah berkaitan penyeludup­an dadah seperti pil kuda dari negara jiran, yang menurutnya bukan hanya membabitka­n Kelantan semata-mata, malah turut merebak ke negeri Pahang dan Terengganu.

Bercakap kepada pemberita di bilik orang kenamaan di lapangan terbang antarabang­sa Kuching di sini di akhir lawatan kerja beliau di Sarawak kelmarin, Ahmad Zahid berkata, beliau juga mengarahka­n Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk bekerjasam­a dengan kerajaan negeri terbabit bagi meningkatk­an usaha membantera­s gejala ini.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di sini dua hari lepas, mengunjung­i Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sempena sambutan Aidilfitri di kediamanny­a pada Ahad lalu, dan pada Isnin beliau turut mengunjung­i Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, serta Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di kediaman mereka, di samping mengunjung­i Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah di kediamanny­a sempena Gawai Dayak.

Ahmad Zahid berkata masalah penyalahgu­naan dadah bukan hanya berkisar kepada usaha antara kerajaan negeri dan pusat sematamata, tapi sebenarnya turut memerlukan pembabitan banyak pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan rakyat secara keseluruha­nnya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia