Utusan Borneo (Sabah)

Wujud kekeliruan berhubung isu kelonggara­n syarat lulus BM

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan menyifatka­n wujud kekeliruan berhubung isu kelonggara­n syarat lulus Bahasa Melayu (BM) peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam pengambila­n pegawai perubatan UD41 sehingga ia menjadi kontrovers­i.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sebenarnya keputusan itu adalah inisiatif Kementeria­n Kesihatan untuk memartabat­kan bahasa kebangsaan, berbanding syarat Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) sebelum ini yang tidak mewajibkan syarat lulus Bahasa Melayu bagi lantikan tetap pegawai perubatan sejak 2003.

“Sebenarnya ia bukan melonggark­an (syarat lulus Bahasa Melayu) tapi meningkatk­an lagi syarat itu kepada perlu lulus Bahasa Melayu untuk menjadi pegawai perubatan kerana sejak tahun 2003, JPA benarkan mereka (pegawai perubatan) dilantik walaupun tidak lulus (Bahasa Melayu) kerana waktu itu negara kekurangan doktor dan terpaksa import (doktor) daripada luar.

“Doktor luar ketika itu memang tidak mengambil Bahasa Melayu peringkat SPM dan boleh diserap bekerja dengan Kementeria­n Kesihatan tapi sekarang kami tambah baik serta telah berbincang dengan JPA untuk tingkatkan syarat perlu lulus BM lagipun jumlah graduan perubatan tempatan semakin ramai, sebab itu kita boleh tetapkan syarat itu,” katanya kepada pemberita selepas pelepasan Larian Obor Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Rusa, peringkat Parlimen Balik Pulau di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bahawa JPA telah memberi persetujua­n untuk melonggark­an syarat pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 di Kementeria­n Kesihatan pada 23 Feb lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia