Utusan Borneo (Sabah)

Bersama pupuk semangat kekitaan

Majlis rumah terbuka raya Sairin meriah

- Oleh JOHAN AZIZ

M AJLIS rumah terbuka Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno dan isteri Datin Bibi Farizan Amjad mendapat sambutan yang begitu meriah dengan lebih 10,000 orang mengunjung­i majlis itu yang diadakan di kediaman bapanya di Kampung Skim Pamalan, Keningau, Ahad lalu.

Antara yang hadir ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Annuar Ayub, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Ketua MCA Pensiangan Datuk Wong Wai Yuan, Ketua MCA Keningau Kapitan Jack Chin, Ketua Penerangan Umno Keningau Azman Haji Ruslan, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Ketua Wanita Umno Keningau Hajah Amelia Ajun, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, dan Ketua Puteri Umno Keningau Hajah Salbiah Suhaideh.

Ketika ditemui, Sairin memberitah­u bahawa majlis yang disertai oleh masyarakat Islam dan bukan Islam boleh menyatupad­ukan semua masyarakat terdiri pelbagai anutan agama, suku dan bangsa dan pelbagai anutan politik.

“Saya meminta agar seluruh rakyat di sini agar terus mengunjung­i rakan-rakan yang mengadakan rumah terbuka yang membolehka­n sahabat handai, jauh dan dekat dapat bersama untuk memupuk semangat kekitaan dan meningkatk­an perpaduan dalam kalangan kita,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Sairin yang juga Adun Liawan berkata Keningau adalah antara daerah yang membangun pesat terutama dari segi perumahan serta pelbagai pembanguna­n yang sedang dan telah siap dibuat termasuk bangunan Mahkamah Anak Negeri yang telah siap dibina.

Selain itu, projek bangunan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) yang telah beroperasi dan di Sabah hanya terdapat empat pusat seumpama itu iaitu Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Keningau.

Sairin berkata banyak lagi pembanguna­n lain yang sedang dibuat dan diusahakan oleh pemimpin-pemimpin di bahagian pedalaman termasuk Umno Keningau dan begitu juga Barisan Nasional (BN) Keningau yang masing-masing menjalanka­n tugas mengikut keupayaan.

“Dari segi pembanguna­n pendidikan, kita akan menerima tiga buah sekolah menengah di bahagian Keningau ini pada masa akan datang dan salah satu daripadany­a Sekolah Menengah Sains Keningau yang akan didirikan berhampira­n lapangan terbang Keningau.

“SMK Dalit akan diwujudkan selewat-lewatnya awal tahun depan atau akhir tahun ini demikian juga di SMK Trusmadi yang akan dibina berhampira­n di tapak kaki Gunung Trusmadi, sama ada di Sinua atau di tempattemp­at berhampira­n yang dikenalpas­ti,” katanya.

Beliau memberitah­u Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang akan melatih kakitangan Kemas di seluruh Sabah dan Sarawak juga dalam perancanga­n dan pada masa ini, pusat itu hanya terdapat dua sahaja di negara ini masing-masing di Perak dan Pahang sementara di Sabah akan dibina di Keningau.

Bagaimanap­un, semua projek yang bakal dilaksanak­an memerlukan kepada kewangan dan pada masa yang sama, Perdana Menteri sedang mengenalpa­sti untuk membantu pembinaan jalan dan infrastruk­tur di seluruh daerah di 60 DUN namun semua bergantung kepada kewangan.

“Pastinya, kerajaan BN tidak pernah menganakti­rikan mana-mana Adun atau daerah di seluruh Sabah. Mereka masingmasi­ng ada pegawai daerah, penolong pegawai daerah pemimpin parti komponen BN termasuk Umno yang akan memberi maklum balas untuk setiap projek di setiap kawasan.

“Kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang terbaik di mana dapat membantu kepada rakyat yang memerlukan termasuk pelaksanaa­n infrastruk­tur luar bandar.

“Saya menyeru semua rakyat terutama di Sabah dan di pedalaman bahawa BN mempunyai kekuatan yang tersendiri masih boleh dipercayai oleh pemimpin-pemimpin akar umbi termasuk pengundi. Walaupun di kawasan saya ini ada beberapa rangkaian jalan yang menjadi bualan masyarakat tetapi jalan Communicat­ion 1 dan 2 sudah diaspal,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Jalan Communicat­ion 3 masih menunggu peruntukan kewangan untuk membina jalan sejauh 2.3 kilometer dengan kos RM3.9 juta.

Pada majlis itu, Sairin dan Bibi Farizan turut menyampaik­an sumbangan wang raya kepada kanakkanak termasuk ibu tunggal, warga emas, fakir miskin, anak yatim dan orang kelainan upaya.

Saya meminta agar seluruh rakyat di sini agar terus mengunjung­i rakan-rakan yang mengadakan rumah terbuka yang membolehka­n sahabat handai, jauh dan dekat dapat bersama untuk memupuk semangat kekitaan dan meningkatk­an perpaduan dalam kalangan kita. DATUK HAJI SAIRIN KARNO Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SAIRIN bergambar kenangan dengan Ampal dan tetamu lain. (Gambar kiri) SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka Sairin dan Bibi Farizan.
(Gambar atas) SAIRIN bergambar kenangan dengan Ampal dan tetamu lain. (Gambar kiri) SEBAHAGIAN orang ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka Sairin dan Bibi Farizan.
 ??  ?? SAIRIN menyampaik­an wang raya kepada salah seorang penerima diperhatik­an Bibi Farizan (kanan).
SAIRIN menyampaik­an wang raya kepada salah seorang penerima diperhatik­an Bibi Farizan (kanan).
 ??  ?? BIBI Farizan menyampaik­an wang raya kepada salah seorang penerima.
BIBI Farizan menyampaik­an wang raya kepada salah seorang penerima.
 ??  ?? SAIRIN (lima kiri) dan Bibi Farizan (empat kiri) bersama tetamu majlis itu.
SAIRIN (lima kiri) dan Bibi Farizan (empat kiri) bersama tetamu majlis itu.
 ??  ?? SAIRIN mengabadik­an foto bersama Nik Nazri.
SAIRIN mengabadik­an foto bersama Nik Nazri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia