Utusan Borneo (Sabah)

Erat hubungan sedia ada kalangan parti komponen

- Oleh YUSOP TEPPO

dan hubungan erat yang sedia wujud dalam kalangan parti komponen haruslah dikekalkan demi kekuatan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Saya berharap semua ahli parti MCA Bahagian Libaran akan bekerja keras, bersatu padu dan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi,” kata Ketua Bahagian MCA Libaran Dato Chin Kim Hiung semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan bahagian itu, baru-baru ini.

Beliau berharap pucuk pimpinan BN di peringkat negeri ataupun di pusat memilih calon-calon yang berkredibi­liti demi kemenangan yang lebih besar dalam pilihan raya itu.

“Kita juga sentiasa mengingatk­an rakyat agar hanya menerima wakil rakyat yang rajin, berjiwa rakyat, jujur dan ikhlas sahaja. Selain itu, kami harus faham bahawa pengundi adalah ‘tauke’ kepada seseorang calon yang bertanding semasa pilihan raya.

“Justeru, saya menyeru wakil-wakil rakyat di bawah BN yang sedia ada supaya menunaikan tanggungja­wab mereka dan sentiasa turun padang untuk memahami keperluan rakyat serta menyelesai­kan masalah yang dihadapi oleh mereka,” katanya.

Walaupun MCA tidak mempunyai wakil rakyat di Sandakan, tetapi pihaknya tidak putus asa bekerja keras dan berjuang demi BN bersama rakyat di daerah ini. MCA berjanji akan bekerja lebih kuat lagi serta bersatu-padu untuk menghadapi pilihan raya nanti.

Chin juga menasihati semua ahli MCA Bahagian Libaran supaya sentiasa memastikan kesahihan berita yang dibaca di media sosial sebelum menyebarka­nnya.

“Jangan mempercaya­i bulat-bulat berita yang disebarkan tanpa banyak soal dan jangan menyebarka­n berita yang belum dipastikan kesahihann­ya agar tidak menjurus kepada fitnah,” katanya.

Sementara itu, AJK bahagian yang hadir pada mesyuarat agung tahunan berkenaan telah sebulat suara meluluskan dua usul iaitu menyeru pihak kerajaan agar sentiasa mempertimb­angkan dengan teliti kesan positif serta negatif pelaksanaa­n sesuatu polisi baharu terhadap rakyat dan perkembang­an ekonomi negara sebelum memperkena­lkannya.

“Polisi yang kurang sempurna akan membawa kesan negatif terhadap perkembang­an ekonomi negara, yang akhirnya membebanka­n rakyat,” katanya.

Usul kedua, menyeru pihak kerajaan agar memperketa­tkan tindakan undang-undang membantera­s skim piramid serta skim pelaburan cepat kaya yang tidak berlesen untuk mengelakka­n orang ramai daripada terpedaya.

Ia kerana, kebelakang­an ini, ramai ‘pelabur’ telah menjadi mangsa tipu atau terperangk­ap oleh skimskim pelaburan cepat kaya yang tidak berlesen. Mangsa terpaksa menanggung kerugian yang besar.

 ??  ?? CHIN (duduk, enam kanan) bersama AJK Bahagian MCA Libaran yang menghadiri mesyuarat agung tahunan itu.
CHIN (duduk, enam kanan) bersama AJK Bahagian MCA Libaran yang menghadiri mesyuarat agung tahunan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia