Utusan Borneo (Sabah)

Kaamatan terap pendidikan budaya

Semai semangat cintakan budaya bangsa harus dimulai dengan mengenal tradisi

- Oleh SALMAN ABADI

“Penganjura­nnya

bermatlama­t untuk memberi pendedahan tentang amalan tradisi, sejarah, peranan dan signifikan perayaan itu dalam konteks budaya, perpaduan dan pembanguna­n, khasnya dalam kalangan masyarakat Kadazandus­un Murut (KDM) dan rumpunnya yang merupakan suku kaum terbesar di Sabah.

P

ESTA Kaamatan bukan hanya dirayakan di peringkat kampung, daerah dan negeri malah terdapat juga sekolah yang mengadakan­nya dalam usaha menerapkan pendidikan tentang kebudayaan tradisi suku kaum.

Penganjura­nnya bermatlama­t untuk memberi pendedahan tentang amalan tradisi, sejarah, peranan dan signifikan perayaan itu dalam konteks budaya, perpaduan dan pembanguna­n, khasnya dalam kalangan masyarakat Kadazandus­un Murut (KDM) dan rumpunnya yang merupakan suku kaum terbesar di Sabah.

Dalam konteks ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Basai Baru, kirakira 150 kilometer dari Pekan Beluran buat julung kalinya telah mengambil inisiatif menganjurk­an majlis sambutan perayaan Pesta Kaamatan di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Pesta Kaamatan itu diadakan dengan tema ‘Menyemai Semangat Cintakan Tradisi’ atau ‘Papasandad Sunduan Nupus Do Koubasanan Tinaru’.

Pesta tahunan terpenting di Sabah itu merupakan tradisi yang diamalkan selepas musimmenua­i padi sejak dari nenek moyang kita.

Anak-anak muda khususnya generasi muda atau para pelajar sekolah seharusnya mengenali dan merasai bagaimana proses perayaan ini dijalankan dan apakah impaknya kepada mereka dalam konteks menyemai semangat cintakan budaya bangsa.

Mereka mungkin tidak lagi dapat menikmati situasi sebenar kerana ibu bapa hari ini amat kurang yang menanam padi, sama ada bersawah padi atau padi huma (bukit).

Ini menyebabka­n ramai generasi muda tidak tahu bagaimana proses penanaman padi dijalankan, bermula dengan proses seperti menyemai benih padi, menanam, merumput dan menuainya apabila buah padi sudah masak.

Sehinggala­h kepada beberapa lagi proses kerja sebelum biji padi menjadi butiran beras yang kemudianny­a dimasak menjadi nasi sebagai makanan rutin rakyat Malaysia dan kebanyakan negara di dunia.

Setiap proses yang berlaku - ada tujuan, peralatan serta kemahiran tertentu yang perlu digunakan. Contoh peralatan yang digunakan seperti parang, tugal, pengetam padi (linggaman), lesung, nyiru dan sebagainya.

Ia termasukla­h beberapa proses dan peringkat kerja menanam padi huma atau padi bukit yang kini semakin pupus, bukan sahaja berkurangn­ya minat masyarakat kampung terhadap amalan menanam padi bukit.

Tetapi kini, realitinya ialah tiada sudah kawasan bukit yang sesuai untuk penanaman padi huma ekoran penerokaan tanah untuk pembanguna­n, penempatan atau tanaman kekal yang lebih komersial seperti tanaman getah, kelapa sawit, buah-buahan dan sebagainya.

Antara proses kerja dalam penanaman padi huma ialah menebas hutan (momorilik), menebang (managad), membakar (montutud), mengumpul dan membakar sisa kayu yang tidak terbakar semasa ‘montutud’ (mengurak), menamam padi atau menugal (mangasok/ menumpos), merumput dan juga menuai (mongomot) serta menumbuk atau mengisar padi untuk menghasilk­an beras.

Tanpa pendedahan kepada generasi muda khasnya para pelajar sejak di peringkat rendah, maka budaya ini dikhuatiri akan lenyap dan seharusnya mereka diberi pendedahan budaya melalui pendidikan agar masyarakat terus ‘celik budaya’ sendiri.

Justeru, pihak sekolah mengambil daya inisiatif dan komitmen yang tinggi agar semua murid, guru dan staf sokongan terlibat sama dan merasai bagaimana Pesta Kaamatan itu dirayakan yang pada asalnya bertujuan untuk ‘memuja semangat padi’.

Guru Besar SK Basai Baru beluran, Tsau Maidin dalam ucapnnya menjelaska­n, tidak semua acara dalam sambutan Pesta Kaamatan dapat diadakan sempena majlis itu atas pelbagai kekangan dan keterbatas­an.

“Namun, majlis ini sekurang-kurangnya memberi peluang kepada murid-murid untuk memakai pakaian tradisi mereka, memainkan muzik tradisi seperti gong, menari tarian sumazau dan menyanyi lagu tempatan dari bahasa sendiri.

“Kita mungkin tidak dapat memperkena­lkan sekali gus budaya bangsa kita, tetapi usaha dijalankan dengan menyemai semangat cintakan budaya tradisi utama yang membentuk dan menonjolka­n sebahagian identiti daripada keseluruha­n budaya bangsa kita”, katanya.

Katanya, rasa cinta yang mendalam terhadap tradisi yang baik dari kepelbagai­an bangsa kita akan menjamin kelestaria­n budaya dan menyumbang kepada kelestaria­n kekayaan budaya Malaysia.

Mengulas lanjut, katanya, penggunaan bahasa tempatan kini di ambang kepupusan kerana ibu bapa di rumah lebih ramai bertutur dalam Bahasa Melayu.

“Ini tidaklah salah, namun kita juga bertanggun­gjawab untuk memelihara bahasa ibunda kita dengan memastikan anak-anak muda ini boleh bertutur dan memahami bahasa ibunda sendiri”, ujarnya.

Menurutnya, Pertanding­an Sugondoi dalam bahasa Kadazandus­un, Sungai atau Murut pada hari ini diharap menjadi langkah awal untuk anak-anak belajar dan menuturkan bahasa ibunda sendiri.

“Jangan nanti kita mengaku bangsa Kadazandud­un atau Sungai, Murut, Rungus atau lainlain dalam rumpun KDM, tetapi tidak tahu bertutur bahasa sendiri,” katanya sambil menekankan – ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ dan tanpa bahasa maka bangsa kita tidak punya jiwa. Sehubungan itu katanya, pihak sekolah berharap mendapat sokongan moral dan material dari kepimpinan komuniti setempat dalam menjayakan usaha murni ini.

“Pihak sekolah dalam rangka usaha untuk memiliki set gong dan alat muzik tradisiona­l sendiri untuk digunakan oleh anakanak di sekolah ini yang hampir 90 peratus adalah dari suku kaum KDM,” katanya.

Beliau berharap, semua murid di sekolah itu mendapat pengalaman berguna melalui penganjura­n Pesta Kaamatan yang diadakan dengan penuh meriah dan boleh menulisnya dalam bentuk karangan atau laporan.

Berucap merasmikan pesta itu, Ketua Kampung (KK) Kg Basai baru, KK Gilbert Lampagak berkata, pihak kepimpinan kampung amat bangga dan berterima kasih kpada pihak sekolah kerana menjayakan sambutan Kaamatan peringkat sekolah yang pertama kali diadakan itu. Katanya, pendidikan hari ini begitu kaya dengan pengisian dan turut mengambil kira situasi setempat, termasukla­h dalam menghidupk­an budaya tradisi dalam kalangan pelajar atau generasi muda.

“Terima kasih kepada pihak KPM (Kementeria­n Pendidikan Malaysia) yang menerajui pendidikan dan membentuk pengalaman secara menyeluruh, tanpa meminggirk­an budaya minoriti”, katanya.

Beliau amat bersetuju dengan pandangan Guru Besar SK Basai Baru (Tsau Maidin) bahawa mencintai budaya tidak boleh dilakukan sekali gus, tetapi yang penting ialah usaha memupuk cintakan budaya harus dimulakan di peringkat sekolah dan memerlukan sokongan padu pelbagai pihak.

“Wajarlah murid-murid diperkenal­kan dengan satu persatu budaya tradisi yang telah membentuk budaya bangsa kita hingga ke hari ini,” katanya.

Menurutnya, pihak kepimpinan kampung akan terus bekerjasam­a untuk menjayakan sambutan perayaan itu termasukla­h menaja pelbagai hadiah bagi acara-acara yang akan diadakan sempena sambutan Pesta Kaamatan di sekolah itu pada tahun depan (2018).

Pelbagai acara menarik menghiasi sambutan itu yang menyaksika­n hampir semua yang hadir berpakaian tradisi Kadazandus­un.

Acara yang diadakan ialah pertanding­an sugandoi (nyanyian), ‘Unduk Ngadau’, persembaha­n tarian sumazau bimbingan Cikgu Winfred Ronn Linggu dan persembaha­n paluan gong etnik Dusun oleh pelajar sekolah bimbingan Cikgu Thomas Lasa yang juga Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Basai Baru, Beluran.

Menurut sejarahnya, tarian Sumazau diilhamkan daripada corak penerbanga­n burung helang yang diperhatik­an oleh para petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi, selain untuk menolak bala, menyembah semangat dan mengubati penyakit.

Tarian sumazau ditarikan oleh kaum petani yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisiona­l mereka (biasanya berwana hitam) dengan iringan paluan gong, biasanya enam buah gong pelbagai saiz dan sebuah gendang untuk menghasilk­an rentak irama khusus yang menarik dan menghiburk­an.

Namun kini, tarian sumazau yang sangat popular itu turut mengalami perubahan, pengubahsu­aian dan pemodenan, sesuai dengan perubahan zaman dan keadaan semasa, tetapi tetap kekal berzaman sebagai identiti budaya warisan bangsa.

Johan pertanding­an sugandoi kategori Tahap 1 dimenangi Aidan Theo Thomas (kanan) Juara Tahap 1 manakala Jackly Richard (murid Tahun 6) muncul juara Tahap 2.

Sementara itu, pertanding­an unduk ngadau kategori Tahap 1 dimenangi oleh Andrea Claudia Thomas (murid Tahun 1), manakala Unduk Ngadau Tahap 2 dinobatkan kepada Ernatalian­a Juti (Tahun 6).

Selain warga sekolah, turut hadir pada majlis itu ialah Yang Di-Pertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Jopius Moridik, Ketua Anak Negeri (KAN) Zon Sugut Paitan Rinju Morusin, Ketua Kampung Doromdorom KK Kifli Apau, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (PJKKK) Kg Basai Baru, Suria Sahi dan PJKKK Kampung Doromdorom Jaiti Shamsuddin.

 ??  ?? GILBERT Lampagak (tiga kiri) dan Tsau Maidin (empat kiri) bersama para tetamu jemputan yang kesemuanya berpakaian tradisi.
GILBERT Lampagak (tiga kiri) dan Tsau Maidin (empat kiri) bersama para tetamu jemputan yang kesemuanya berpakaian tradisi.
 ??  ?? KUMPULAN pemuzik paluan gong etnik Dusun pimpinan Thomas Lasa (dua kiri) bersama Winfred Ronn Linggu (kanan) dan Nildih (Penolong Kanan 1).
KUMPULAN pemuzik paluan gong etnik Dusun pimpinan Thomas Lasa (dua kiri) bersama Winfred Ronn Linggu (kanan) dan Nildih (Penolong Kanan 1).
 ??  ?? GILBERT Lampagak (tengah) diiringi Tsau Maidin menyampaik­an hadiah kepada pemenang pelbagai acara yang dipertandi­ngkan.
GILBERT Lampagak (tengah) diiringi Tsau Maidin menyampaik­an hadiah kepada pemenang pelbagai acara yang dipertandi­ngkan.
 ??  ?? ANDERA Claudia Thomas (tengah barisan depan) bersama lima finalist Tahap 1 pertanding­an unduk ngadau, bersama (belakang) Cikgu Christlyn, Loulin, Alichia dan Suria Sahi (JKKK Kg Basai), Arline Jampan dan Jaiton.
ANDERA Claudia Thomas (tengah barisan depan) bersama lima finalist Tahap 1 pertanding­an unduk ngadau, bersama (belakang) Cikgu Christlyn, Loulin, Alichia dan Suria Sahi (JKKK Kg Basai), Arline Jampan dan Jaiton.
 ??  ?? PESERTA akhir pertanding­an sugandoi Kaamatan Tahap 2 SK Basai Baru.
PESERTA akhir pertanding­an sugandoi Kaamatan Tahap 2 SK Basai Baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia