Utusan Borneo (Sabah)

Galakkan pelajar aktif aktiviti luar

14 sekolah jayakan program anjuran PPIM Tuaran

-

Sekolah-sekolah yang terlibat termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkabong, SK Lok Yuk Telipok, SK Saradan, SK Topokon, SK Laya-Laya, SK Bundung, SK Tambalang, SK Serusup, SK Pekan Tuaran, dan Sekolah Rendah Seri Al-Hafidz Tuaran. SALINAH SABLI Pengerusi PPIM Tuaran

S

EBANYAK 14 buah sekolah termasuk 10 sekolah rendah dan empat sekolah menengah terlibat dalam menjayakan program yang dianjurkan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Perhubunga­n Daerah Tuaran baru-baru ini.

Penglibata­n sekolahsek­olah berkenaan bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada ahli-ahli PPIM

peringkat sekolah, malah menggalakk­an para pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti luar sekolah.

Pengerusi PPIM Tuaran Salinah Sabli berkata, pada bulan Ramadan lepas, pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian program PPIM sempena bulan puasa.

Menurutnya, Progam Semarak Ihya Ramadan dan Happy Ramadan antara program utama yang dianjurkan PPIM.

“Sekolah-sekolah yang terlibat termasukla­h Sekolah Kebangsaan (SK) Mengkabong, SK Lok Yuk Telipok, SK Saradan, SK Topokon, SK Laya-Laya, SK Bundung, SK Tambalang, SK Serusup, SK Pekan Tuaran, dan Sekolah Rendah Seri Al-Hafidz Tuaran.

“Manakala sekolah menengah yang menyertai program ini termasukla­h Sekolah Menengah Sains Sabah (Smesh), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nangka, SMK Tamparuli, dan SMK Taman Ria,” katanya.

Salinah berkata, program Ihya Ramadhan adalah salah satu aktiviti tahunan PPIM daerah dengan kerjasama PPIM Perhubunga­n Negeri Sabah.

Beliau berkata, antara pengisian program termasukla­h solat sunat Dhuha, tadarus dan khatam al-Quran secara beramairam­ai yang diketuai oleh Ustaz Mohd Faizal Mohd Nor.

Disamping itu jelasnya, para peserta juga disajikan dengan ceramah khas Ramadan yang disampaika­n oleh penceramah jemputan yang juga Pegawai SIPartnes Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud Ustaz Japran Kusin.

“Kali ini kita menggunaka­n tema ‘Al-Quran Dilazimi, Makna Dihayati’ yang bertepatan dengan objektif penganjura­nnya.

“Kita mahu setiap peserta dapat menanam perasaan cinta al-Quran, dapat melazimi dan mentadabbu­r maksud ayat di dalam halaqah tadarus di samping memberi kesedaran terhadap ahli-ahli PPIM tentang keistimewa­an bulan Ramadan.

“Kita juga membuat penampilan istimewa Mohd Fiqri Mohd Fahmi iaitu insan istimewa cacat penglihata­n yang juga qari mewakili negeri Sabah sempena Pertanding­an Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2017,” jelasnya.

Menurutnya, kemunculan khas Mohd Fiqri bertujuan memberi inspirasi kepada peserta-peserta bahawa kekurangan bukanlah penghalang bagi insan istimewa untuk menguasai ilmu al-Quran dengan baik.

Selain itu katanya, para peserta juga terlibat dengan program Happy Ramadan yang mengedarka­n pek sumbangan berbentuk buah kurma dan minuman kotak kepada orang awam.

Pihaknya menyediaka­n sebanyak 400 pek yang diagih-agihkan kepada orang awam sekitar Tuaran. Ia termasukla­h petugas-petugas serta kakitangan awam melibatkan anggota polis dan juga bomba.

“Program dua dalam satu yang dilaksanak­an oleh PPIM Perhubunga­n Daerah Tuaran ini secara tidak langsung menggabung­kan serta menjalinka­n beberapa elemen penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri peserta.

“Ia sekaligus mampu membentuk dan melahirkan insan mulia serta cemerlang berlandask­an ajaran al-Quran dan sunnah,” katanya.

 ??  ?? PARA peserta bersama guru-guru pengiring merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan.
PARA peserta bersama guru-guru pengiring merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan.
 ??  ?? SALINAH (tiga kiri) dan ahli PPIM daerah Tuaran turut menyampaik­an sumbangan kepada anggota polis.
SALINAH (tiga kiri) dan ahli PPIM daerah Tuaran turut menyampaik­an sumbangan kepada anggota polis.
 ??  ?? SETIAP ahli PPIM berpeluang mendekati ahli komuniti dengan menyertai program berkenaan.
SETIAP ahli PPIM berpeluang mendekati ahli komuniti dengan menyertai program berkenaan.
 ??  ?? ORANG awam tidak ketinggala­n menerima sumbangan sempena program Happy Ramadan.
ORANG awam tidak ketinggala­n menerima sumbangan sempena program Happy Ramadan.
 ??  ?? AHLI PPIM mengadakan ziarah ke hospital sempena dengan program itu.
AHLI PPIM mengadakan ziarah ke hospital sempena dengan program itu.
 ??  ?? AKTIVITI bertadarus secara berkumpula­n.
AKTIVITI bertadarus secara berkumpula­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia