Utusan Borneo (Sabah)

Beraneka bahan bacaan di kedai buku terpakai terbesar di Kuala Lumpur

-

SESIAPA sahaja yang memasuki kedai buku terpakai terbesar di bandar raya ini akan mendapati seolaholah mereka disambut penuh mesra dalam suasana nyaman dengan pandangan tertumpu kepada deretan buku yang tidak berpenghuj­ung serta disusun rapi.

Terletak di Jalan Tun H.S Lee di Kuala Lumpur, kedai buku itu pasti akan menjadikan setiap pencinta buku berasa terpesona dapat menjadi sebahagian daripada kedai buku terpakai tertua di Malaysia yang menempatka­n kira-kira dua juta buku menyebabka­n seseorang itu mendapati sukar untuk memilih kerana terdapat begitu banyak bahan bacaan pilihan.

Kedai buku dengan tiga bahagian yang dimiliki satu pasangan yang dikenali sebagai Encik dan Puan Tan sejak 1990, kini dikendalik­an Jeffrey Koh, adik bongsu Puan Tan, sejak empat tahun lalu, juga menjadi rumah kepada 300,000 buku lama eksklusif yang tidak lagi diterbitka­n.

“Semasa zaman dahulu, ramai ekspatriat Eropah di Malaysia kembali ke negara mereka dan akan meninggalk­an begitu banyak buku di rumah mereka (di sini). Memandangk­an hobi abang ipar dan kakak saya adalah membaca buku, mereka secara sukarela mengumpul semua buku dari setiap rumah dan ia adalah satu keadaan yang sukar bagi mereka pada masa itu.

“Bagaimanap­un, disebabkan terlalu banyak buku yang perlu mereka bawa, mereka terpaksa mengimport kontena yang besar dari Australia, sematamata untuk memasukkan buku itu,” kata Koh, 65, kepada Bernama di kedai buku itu.

Koh berkata setiap pagi, pembantuny­a Cik Yap yang telah bekerja di kedai buku itu sejak 27 tahun lalu akan membersihk­an semua habuk dari bahagian atas buku dan akan memastikan semua buku dibalut dengan plastik untuk mengekalka­n kualitinya sebaik mungkin yang boleh.

“Buku ini seperti benda antik. Semakin lama, semakin mahal. Bukubuku yang sudah usang dan tidak dikeluarka­n lagi di pasaran adalah lebih mahal. Itulah sebabnya kita perlu menjaganya dengan teliti dan berhati-hati,” katanya.

Ketika ditanya mengenai jenis pelanggan yang beliau ada, Koh berkata kebanyakan daripada mereka adalah pelancong Eropah.

Beliau berkata, ramai pelanggann­ya sangat gembira kerana mereka dapat mencari buku yang tidak boleh didapati di tempat lain dan cuma ada di sini. Mereka sanggup membayar berapa sahaja harganya kerana nilainya yang sentimenta­l.

Mengulas mengenai tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia, Koh berkata tabiat itu harus ditanam sejak di awal persekolah­an lagi memandangk­an institusi itu itu adalah bahagian penting dalam proses pembelajar­an kanak-kanak namun pendidikan di rumah memainkan peranan penting untuk membentuk tabiat membaca dalam diri kanakkanak.

“Tidak seperti orang Eropah dan Cina (di China) saya sedih apabila kanakkanak kita tidak membaca buku dan bahan bacaan mereka dan bergantung sepenuhnya kepada Internet. Ini tidak baik. Dengan membaca buku, anda bukan sahaja boleh mendapatka­n lebih banyak pengetahua­n dengan fakta sebenar kerana anda boleh merujuk buku itu semula, bila-bila masa sahaja kita mahu.

“Tambahan pula, kepuasan membaca melalui Internet tidak sama dengan keseronoka­n membaca buku dalam ertikata yang sebenar,” kata Koh yang menghabisk­an masa dua jam membaca buku kegemarann­ya seperti sejarah China, politik dan biografi.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia