Utusan Borneo (Sabah)

Suntikan tenaga kerja mahir

36 pelatih JPSM berjaya tamat program teknikal

-

K

EJAYAAN para graduan Institut Latihan Teknik dan Perdaganga­n (ILTP) mengikuti program teknikal dan perdaganga­n diyakini dapat memberi suntikan kepada tenaga kerja mahir dalam pasaran kerjaya di Sabah.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata faktor itu dilihat berdasarka­n standard pengajaran yang dilaksanak­an ILTP kepada penuntutny­a sekali gus membolehka­n mereka mampu berdaya saing dan bersedia memasuki pasaran kerja tempatan serta luar negara.

“Dengan kepesatan pembanguna­n negara, saya menaruh harapan semua graduan dapat memasuki pasaran kerja dengan lebih mudah berbekalka­n sijil dan pengiktira­fan kemahiran yang diperoleh di ILTP,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesye­n JPSM Siri 1 Tahun 2017, di Papar kelmarin.

Beliau turut memuji usaha Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM) negeri yang dilihat berjaya menambah bilangan tenaga kerja berkemahir­an serta terlatih di pasaran kerja tempatan.

“Usaha ini diharapkan dapat dipertingk­atkan pada masa depan demi menyahut seruan kerajaan agar kita mampu menyediaka­n modal insan yang mencukupi serta memiliki berkemahir­an tinggi dan berkualiti.

“Saya yakin graduan program ini boleh memasuki pasaran kerja tempatan khasnya berkaitan bidang kimpalan yang sinonim dengan pembanguna­n industri minyak dan gas.

“Dengan kepesatan pembanguna­n negara, saya menaruh harapan agar semua graduan dapat memasuki pasaran kerja dengan lebih mudah, berbekalka­n sijil dan pengiktira­fan kemahiran yang diperolehi dari ILTP,” katanya.

Hamisa berharap JPSM terus mempelbaga­ikan program kemahiran yang ditawarkan­nya bagi memberi lebih pilihan kepada belia.

Menurutnya, sektor minyak dan gas dilaporkan memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai dan dalam konteks ini, ILTP boleh memikir dan mengkaji semula kerjasaman­ya dengan Institut Teknologi Petroleum (INSTEP), Petronas dalam menawarkan program baru yang sinonim dengan keperluan industri minyak dan gas.

“JPSM juga perlu peka dan prihatin terhadap keperluan latihan dan perkembang­an semasa industri negara untuk kekal relevan sebagai jabatan pembanguna­n modal insan di Sabah serta mampu melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam pasaran kerja negara,” katanya.

Dalam majlis itu, seramai tiga orang pelatih menerima penganuger­ahan Sijil Pelatih Terbaik sesi 1/2017 iaitu Leylven Voo (Juru Kecantikan), Widiawati Watis (Dandanan Rambut) dan Eljackley Enson (Teknologi Kimpalan 6G).

Seramai 36 pelatih ILTP JPSM berjaya menamatkan latihan bagi program teknikal dan perdaganga­n dalam jurusan Program Teknologi Kimpalan (6G) dan Program Jurukecant­ikan dan Dandanan Rambut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah JPSM Aziz Salim, wakil INSTEP, Petronas, ibu bapa serta para pelatih.

“Dengan

kepesatan pembanguna­n negara, saya menaruh harapan semua graduan dapat memasuki pasaran kerja dengan lebih mudah berbekalka­n sijil dan pengiktira­fan kemahiran yang diperoleh di ILTP. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA (tengah) menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang pelatih ILTP JPSM.
HAMISA (tengah) menyampaik­an sijil tamat latihan kepada salah seorang pelatih ILTP JPSM.
 ??  ?? PARA pelatih ILTP JPSM bergambar kenangan bersama Hamisa (tengah), tenaga pengajar dan ibu bapa.
PARA pelatih ILTP JPSM bergambar kenangan bersama Hamisa (tengah), tenaga pengajar dan ibu bapa.
 ??  ?? HAMISA (duduk, tengah) serta tetamu lain merakamkan gambar kenangan bersama tiga pelatih terbaik ILTP JPSM.
HAMISA (duduk, tengah) serta tetamu lain merakamkan gambar kenangan bersama tiga pelatih terbaik ILTP JPSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia