Utusan Borneo (Sabah)

Guru perlu tampil buat laporan jika kena buli

-

GURU yang menjadi mangsa buli pelajar mereka perlu tampil membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah bagi membolehka­n satu panel siasatan ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pelakunya.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanath­an berkata laporan itu perlu bagi membolehka­n panel berkenaan menyiasat kesahihan perkara tersebut serta mengambil tindakan untuk menggelakk­annya daripada berulang.

“Kalau guru enggan membuat laporan polis, mereka disaran agar membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah supaya pihak ketiga dalam sistem pendidikan boleh jalankan siasatan lanjut mengenai punca berlakunya kejadian buli melibatkan guru.

“Kita hendak cari penyelesai­an terbaik dan mungkin ada bukti murid-murid melakukan perkara itu, maka tindakan seperti kaunseling boleh dilakukan bagi mencegah gejala buli daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya kepada Bernama pada majlis pelancaran Bulan Kecergasan ‘Fit For Life’ di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai di Kuala Lumpur kelmarin.

Kamalanath­an berkata pihaknya sedia maklum terdapat segelintir guru yang enggan membuat sebarang laporan berhubung pelajar membuli guru kerana bimbangkan keselamata­n diri dan keluarga masingmasi­ng.

Kamalanath­an berkata kejadian buli terhadap guru boleh berlaku dalam pelbagai bentuk termasuk peras ugut dan kenderaan dirosakkan selepas mereka menegur pelajar yang terbabit dengan masalah disiplin.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia