Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan keamanan, perpaduan kaum

Pastikan agenda pembanguna­n berterusan, rakyat nikmati hidup selesa

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Rakyat di negara ini perlu mengekalka­n keamanan dan perpaduan kaum dalam memastikan agenda pembanguna­n berterusan dalam menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia Julie Sabran berkata perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini amat penting dalam mengekalka­n kemakmuran dan keamanan.

“Rakyat tidak seharusnya mudah keliru dan percaya dengan dakyah pihak tertentu yang cuba menghasut pemikiran rakyat untuk menjatuhka­n kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata pihak tentu ini juga turut memburukka­n imej kerajaan yang mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menghirauk­an kebajikan dan kesejahter­aan rakyat di negara ini.

“Rakyat perlu sedar bahawa pihak tertentu ini sengaja memutarbel­itkan pelbagai fakta dan menabur fitnah ke atas pemimpin BN,” katanya.

Julie yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Beluran menegaskan kerajaan BN sentiasa memikirkan masalah hadapi rakyat dan bukan sekadar menjelang pilihan raya seperti pihak pembangkan­g.

“Kerajaan sentiasa bekerja bukan sahaja menjelang pilihan raya, bahkan sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya pun pemimpin BN sama ada wakil rakyat atau pemimpin parti BN sentiasa memberi khidmat kepada rakyat secara berterusan,” katanya selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a Taman Indah Jaya Batu 4 Sandakan, kelmarin.

Beliau berkata kerajaan juga telah menyediaka­n pelbagai bantuan dan subsidi kepada rakyat dalam meringanka­n beban rakyat berpendapa­tan rendah.

“Oleh itu, kita perlu sentiasa bersatu dan bekerjasam­a dalam mengekalka­n perpaduan kaum sebagai usaha kita memastikan keamanan dan kemakmuran terus dinikmati oleh rakyat secara berterusan,” katanya.

Mengulas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Julie menjelaska­n ia sudah menjadi amalan masyarakat di negara ini untuk kunjung mengunjung­i ke rumah terbuka saudara mara atau rakan-rakan apabila sambutan sesebuah perayaan.

“Kita perlu mengekalka­n budaya kunjung mengunjung­i ini dalam memastikan perpaduan pelbagai kaum terus kekal dan sekaligus kita menikmati keamanan,” katanya.

Beliau turut mengajak masyarakat pelbagai kaum agar menjaga keamanan negara yang dinikmati dan dikecapi hari ini kerana hasil daripada pemimpin terdahulu sehingga sekarang.

Oleh demikian, beliau menegaskan rakyat seharusnya terus menyokong dan mengekalka­n kepimpinan BN untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

“Kita semua tahu hanya kerajaan BN sahaja yang mampu melaksanak­an pelbagai pembanguna­n dan memastikan keamanan terus kita nikmati,” katanya.

Julie sebagai pemimpin wanita muda mengajak belia dan beliawanis di negara ini agar terus menyokong pelbagai usaha kerajaan yang banyak memberi manfaat dan kemudahan kepada semua.

“Saya meminta semua belia dan beliawanis yang belum mendaftar sebagai pemilih agar mendaftar sebagai pengundi untuk kesinambun­gan kepimpinan negara,” katanya.

Katanya pemimpin belia dan beliawanis merupakan pewaris kepimpinan sesebuah negara perlu menunaikan tanggungja­wab mereka kepada negara termasuk mendaftar sebagai pengundi.

Beliau bersama kepimpinan dan ahli Puteri Umno Bahagian Beluran akan terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Rakyat tidak seharusnya mudah keliru dan percaya dengan dakyah pihak tertentu yang cuba menghasut pemikiran rakyat untuk menjatuhka­n kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak. JULIE SABRAN Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia

 ??  ?? JULIE bersama sebahagian rakan serta keluarga.
JULIE bersama sebahagian rakan serta keluarga.
 ??  ?? JULIE bersama Ketua Wanita Umno Beluran Dayang Endang Datu Asbi.
JULIE bersama Ketua Wanita Umno Beluran Dayang Endang Datu Asbi.
 ??  ?? PEGAWAI Pembanguna­n Masyarakat Sungai Sibuga Datuk Saljo Asa serta rakan-rakan bergambar bersama Julie.
PEGAWAI Pembanguna­n Masyarakat Sungai Sibuga Datuk Saljo Asa serta rakan-rakan bergambar bersama Julie.
 ??  ?? PARA pemimpin Umno Bahagian Beluran yang hadir.
PARA pemimpin Umno Bahagian Beluran yang hadir.
 ??  ?? PARA pemimpin Wanita Umno bersama Julie.
PARA pemimpin Wanita Umno bersama Julie.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia