Utusan Borneo (Sabah)

Misil terbaharu Utara mampu capai Alaska

Sekatan antarabang­sa bukan sahaja gagal mengekang rejim Kim malah ujian terus dijalankan

-

SEOUL: Korea Utara telah melancarka­n apa yang kelihatan sebagai misil balistik jarak paling jauhnya setakat ini semalam, dengan para pakar mencadangk­an ia boleh sampai ke Alaska, menimbulka­n satu kemarahan di Twitter daripada Presiden AS Donald Trump yang menggesa China agar menamatkan perkara tidak masuk akal sepenuhnya.

Sekiranya ujian yang muncul ketika Amerika Syarikat bersedia bagi menyambut hari kemerdekaa­nnya pada Empat Julai, menunjukka­n satu misil balistik antara benua (ICBM) ia akan memaksa satu pengiraan semula bagi ancaman strategik yang dilakukan oleh Pyongyang.

Ia menyatakan ia akan melakukan satu pengumuman penting pada lewat semalam, lapor agensi berita Yonhap di Selatan.

Dalam respon bagi kejadian terbaharu, Trump menanyakan di dalam Twitter: “Adakah lelaki ini tidak mempunyai benda lain yang lebih baik untuk dilakukan dalam hidupnya?”

Pelancaran semalam merupakan yang terbaharu dalam satu siri provokasi yang telah menimbulka­n ketegangan, dan muncul beberapa hari selepas pemimpin baharu Moon Jae-In di Seoul dan Trump menumpukan kepada risiko daripada Pyongyang dalam persidanga­n pertama mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengemukak­an beberapa set sekatan terhadap Pyongyang mengenai program senjatanya, yang menjawab bahawa ia memerlukan senjata nuklear bagi mempertaha­nkan dirinya daripada ancaman pencabulan.

“Misil balistik tidak dikenalpas­ti” telah dilepaskan dari sebuah kawasan di wilayah Phyongan Utara, Joint Chiefs of Staff di Selatan menyatakan dalam satu kenyataan, dan jatuh di Laut Timur, nama Korea bagi Laut Jepun.

Ia terbang sejauh lebih dari 930 kilometer, tambah mereka.

US Pacific Command telah mengesahka­n ujian itu dan menyatakan ia sebagai misil jarak rendah, berasaskan darat yang terbang selama 37 minit, sambil menambah pelancaran tidak memberikan sebarang ancaman kepada Amerika Utara.

Ia telah menganggar­kan telah mencapai satu altitud lebih dari 2,500 kilometer, menurut Jepun.

Alat tersebut telah jatuh di Laut Jepun dalam zon ekonomi eksklusif di negara ini, menurut kementeria­n pertahanan dalam satu kenyataan, perairan melepasi 200

Batu nautika dari pantainya.

Perdana Menteri Shinzo Abe memberitah­u wartawan : “Pelancaran ini jelas menunjukka­n bahawa ancaman telah berkembang.”

AS, Jepun dan Korea Selatan akan mengadakan satu persidanga­n pada masa lain ketika mesyuarat G20 pada minggu ini mengenai isu tersebut, tambahnya. “Turut saya akan menggalakk­an Presiden Xi Jinping dan Presiden Putin untuk mengambil langkah yang lebih konstrukti­f.”

Presiden Korea Selatan Moon, yang menyokong kedua-dua pertemuan dengan Utara bagi membawanya ke meja rundingan dan sekatan, mengecam dengan tegasnya apa yang beliau nyatakan sebagai provokasi yang tidak bertanggun­gjawab.

“Program nuklear dan misil Korea Utara telah mengancam nyawa rakyat kami dan keselamata­n para sekutu kami,” beliau memberitah­u satu mesyuarat bagi Majlis Keselamata­n Negara di Selatan.

Washington, penjamin keselamata­n Korea Selatan, mempunyai lebih dari 28,000 orang anggota tentera di negara ini bagi mempertaha­nkan ia dari negara jiran Komunisnya, dan kebimbanga­n bagi konflik mencapai satu kemuncak pada awal tahun ini ketika pentadbira­n Trump mencadangk­an tindakan ketenteraa­n sebagai satu pilihan dui bawah pertimbang­an.

Terdapat juga kemarahan di Amerika Syarikat selepas Otto Warmbier, seorang pelajar Amerika ditahan di Korea Utara semasa satu lawatan pelancong kira-kira 18 bulan lepas, telah kembali ke tanah air dalam keadaan koma pada Jun lepas, meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Trump telah memberikan harapannya terhadap China, sekutu diplomatik utama Korea Utara, untuk memberikan tekanan terhadap Pyongyang.

Pada minggu lepas beliau mengumumka­n bahawa usaha Beijing telah gagal, namun kembali dengan idea tersebut dalam Twitter selepas pelancaran: “Mungkin China akan mengemukak­an satu tindakan yang berat terhadap Korea Utara dan menamatkan perkara bodoh ini sepenuhnya.” — AFP

 ??  ?? SEORANG lelaki melihat siaran televisyen yang memaparkan laporan berita mengenai ujian misil balistik Korea Utara, di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam. — Gambar Reuters
SEORANG lelaki melihat siaran televisyen yang memaparkan laporan berita mengenai ujian misil balistik Korea Utara, di sebuah stesen kereta api di Seoul, semalam. — Gambar Reuters
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia