Utusan Borneo (Sabah)

Lombong haram runtuh, 14 hilang di Ghana

-

ACCRA: Anggota penyelamat di Ghana telah mengejar masa untuk mencari 14 orang pelombong yang hilang terperangk­ap selepas satu lombong haram runtuh di selatan negara, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Polis menyatakan mereka masih lagi mencari bagi mangsa terselamat di Prestea-Nsuta, sebuah pekan di Wilayah Barat Ghana, selepas sebuah lombong terbiar telah runtuh pada Ahad lepas.

“Kami tidak boleh mengesahka­n sekiranya mereka telah mati atau tidak,” Pesuruhjay­a Komander Polis Daerah Nsuta, Atsu Dzinaku memberitah­u AFP.

“Mereka telah keluar untuk mencari sedikit makanan untuk dimakan, ketika mereka mendengar satu bunyi bising di dalam, kemudian lombong tersebut runtuh,” menurut Dzinaku, sambil menambah bahawa lima orang pelombong telah berjaya keluar dari runtuhan tersebut dengan selamat.

“Maka sesiapa yang muncul, mereka adalah bernasib baik namun mereka yang di bawah … mereka terperangk­ap. Kami telah menjangkak­an mereka masih di sana. Kami tidak mengeluark­an manamana daripada mereka.”

Dzinaku menyatakan orang yang lebih berkomunik­asi dengan pelombong yang terperangk­ap di dalam lubang sedalam kira-kira 80 meter, namun sehingga tengah hari kelmarin mereka tidak mendengar sebarang respon.

Pihak polis mempercaya­i bahawa kemalangan berlaku akibat perlombong­an haram berskala kecil, dikenali sebagai “galamsey” di Ghana.

Kerajaan Presiden Nana Akufo-Addo telah membantera­s perlombong­an haram.

Pada Mac, beberapa aktivis telah melancarka­n satu kempen yang membangkit­kan isu kerosakan alam sekitar yang berpunca daripadany­a, antaranya, pemusnahan hutan hinggalah mencemari air.

Sejak itu, negara barat Afrika telah bekerjasam­a untuk mencari jalan bagi menguruska­n dengan lebih baik dan mengawasi pelombong berskala kecil.

Ghana merupakan pengeluar emas kedua terbesar di benua itu selepas Afrika Selatan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia