Utusan Borneo (Sabah)

Dandang meletup di kilang Bangladesh Kerja penyelengg­araan berkesudah­an dengan kemalangan yang membunuh 10 orang

-

DHAKA: Letupan dandang di sebuah kilang pakaian di Bangladesh menyebabka­n 10 maut dan puluhan lagi cedera, menurut pegawai bomba semalam dalam kemalangan terbaharu membabitka­n pengeluar pakaian terbesar di dunia itu yang bernilai AS$30 bilion.

Kemalangan berlaku lewat kelmarin di sebuah kilang milik Multifabs Limited, syarikat tempatan di pinggir ibu negara Dhaka, menurut pegawai bomba.

Ketika itu terdapat puluhan pekerja sedang sibuk menyiapkan tugas masing-masing, menyaksika­n sebahagian daripada bangunan enam tingkat itu ranap.

Letupan bagaimanap­un berlaku ketika kebanyakan pekerja masih bercuti sempena hari raya.

Tiga pekerja masih hilang dalam kejadian itu dan pentadbir daerah Mahmud Hasan tidak menolak kemungkina­n angka kematian mungkin meningkat.

“Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

“Para penyelamat cuba memasuki bilik dandang di bawah runtuhan untuk mencari mangsa yang mungkin terperangk­ap,” ujar beliau.

Firma tersebut membekalka­n pakaian benang kait bagi pelanggan di Sweden, Denmark, Jerman, Rusia, Sepanyol, Belanda dan Britain, selain untuk Littlewood­s, salah satu jenama jualan tertua di Britain, menurut laman sesawangny­a.

“Sembilan maut dalam letupan dan seorang mati di hospital,” menurut pegawai perkhidmat­an bomba Palash Chandra Modak.

Syarikat menyatakan kilang itu berfungsi dengan baik dan dandang tersebut telah diperiksa.

“Kejadian ini adalah satu kemalangan.

“Semua peralatan kami dalam keadaan baik,” kata Mahiuddin Faruqui, pengerusi syarikat dan pengarah urusan.

“Dandang tersebut berfungsi dengan baik.

“Bagaimanap­un, apabila para pekerja cuba menghidupk­annya semula, ia meletup,” tambahnya.

“Kami sepatutnya membuka kilang hari ini selepas cuti hari raya jadi kami memeriksa peralatan semalam.

“Jika letupan itu berlaku hari ini, pasti lebih banyak kematian berlaku,” ujarnya lanjut.

Pihak berkuasa kilang berkata, tapak utama ditutup kelmarin dan pekerja yang berada di tempat kejadian sedang menjalanka­n penyelengg­araan dandang.

Ahli keluarga pekerja yang hilang berkumpul di premis kilang lewat kelmarin.

“Ayah saya merupakan pekerja dandang di kilang ini.

“Ayah dipanggil semalam pada hari cutinya untuk menjalanka­n penyelengg­araan ke atas dandang,” kata Mehedi Hasan.

“Sepuluh minit selepas ayah meninggalk­an rumah, kami mendengar berita mengenai letupan itu.

“Saya datang ke sini kerana ayah tidak menjawab panggilan telefon kami,” tambahnya sambil menangis.

Industri pembuatan pakaian di Bangladesh, yang terbesar di dunia selepas China, mempunyai empat juta pekerja dan menyumbang 80 peratus pendapatan eksportnya.

Multifabs mula beroperasi pada 1992, dan mencapai AS$70 juta dalam bentuk eksport pada 2016, membekalka­n jenama Eropah seperti rangkaian fesyen Lindex, yang merupakan sebahagian penjual Finland Stockmann dan Aldi, menurut Faruqui.

Sektor pakaian di Bangladesh berada dalam pengawasan selepas sebuah kompleks kilang runtuh pada 2013, membunuh lebih 1,100 orang manakala satu kebakaran di sebuah kilang pakaian pada 2012 mengorbank­an 112 pekerja.

Aktivis telah mengkritik ramai peniaga sebagai gagal memperbaik­i keadaan kerja di rangkaian bekalan mereka dengan masa kerja panjang, upah rendah, tahap keselamata­n kurang baik dan tidak dibenarkan untuk membentuk kesatuan dagangan merupakan aduan lazim daripada pekerja kilang pakaian. — Reuters

Sembilan maut dalam letupan dan seorang mati di hospital.” PALASH CHANDRA MODAK Pegawai Perkhidmat­an Bomba

 ??  ?? SEORANG pekerja penyelamat menyelongk­ar puing selepas letupan meranapkan sebahagian kilang pakaian di Gazipur, kelmarin. — Gambar AFP
SEORANG pekerja penyelamat menyelongk­ar puing selepas letupan meranapkan sebahagian kilang pakaian di Gazipur, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia