Utusan Borneo (Sabah)

Pengedar dadah disabit bunuh eksekutif Hollywood

-

LOS ANGELES: Seorang pengedar dadah yang memukul sehingga mati seorang eksekutif studio Hollywood selepas mendapati mangsa menjalin hubungan sulit dengan isterinya telah disabitkan atas pembunuhan tersebut kelmarin.

Juri yang terdiri daripada sembilan wanita dan tiga lelaki mengambil masa kurang sejam untuk mendapati John Lenzie Creech bersalah membunuh dengan sengaja Gavin Smith, ayah tiga anak berusia 57 tahun, di pinggir bandar Los Angeles pada 2012.

Mayat Smith ditemui di dalam lubang cetek di Taman Negara Angeles di Antelope Valley kira-kira dua setengah tahun selepas dilaporkan hilang.

Timbalan peguam daerah Bobby Grace menyatakan dalam hujah penutup pada minggu lepas bahawa eksekutif pengedaran filem itu telah dibunuh secara kejam oleh defendan, yang memukulnya beberapa kali di bahagian muka.

Creech, 44, menggunaka­n telefon bimbit dengan GPS untuk mengesan isterinya Chandrika Cade yang sudah berpisah daripadany­a, mengintip mereka berdua di dalam kereta MercedesBe­nz milik Smith, juri dimaklumka­n.

Creech yang telah mengambil hormon pembesaran, boleh membunuh dengan tangan kosong sahaja dan membuat beberapa tumbukan yang mampu membunuh secara sengaja dan kejam, dengan niat terhadap Smith, yang mengakibat­kan kematian Smith, menurut Grace.

Juri di Mahkamah Agung Los Angeles membebaska­n Creech daripada tuduhan asal pembunuhan peringkat pertama dan pembunuhan peringkat kedua, sebelum mengemukak­an tuduhan yang lebih ringan.

Creech memberi keterangan bahawa Smith, yang sudah 18 tahun bekerja untuk 20th Century Fox, melepaskan tumbukan terlebih dahulu, mencekikny­a dan cuba mencucuk matanya ketika kedua-dua mereka bertumbuk di dalam kereta mangsa.

Peguam bela Irene Nunez memberitah­u panel bahawa Creech telah melakukan kesilapan dalam membuat keputusan apabila menyembuny­ikan mayat dan kereta Smith selepas mempertaha­nkan dirinya mengikut undang-undang, namun mempertika­i dia tidak bersalah atas pembunuhan peringkat pertama.

Peguam Creech memaklumka­n anak guamnya seorang penjual dadah yang disabitkan namun menyatakan dia perlu ‘berjuang untuk nyawanya’ selepas Smith keluar dari kereta Mercedes itu dengan membawa senjata selepas kedua-dua mereka bergaduh di dalam kereta.

Isteri Smith menitiskan air mata ketika keputusan dibacakan namun beliau dan keluargany­a menolak untuk memberikan komen di luar mahkamah.

Creech, yang tidak menunjukka­n sebarang emosi, berdepan hukuman penjara lebih 11 tahun apabila hukuman dijatuhkan pada 19 September depan. — AFP

 ??  ?? SMITH dalam gambar tidak bertarikh serahan Jabatan Syerif Daerah Los Angeles. — Gambar Reuters
SMITH dalam gambar tidak bertarikh serahan Jabatan Syerif Daerah Los Angeles. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia