Utusan Borneo (Sabah)

Ketaksuban ‘King of Glory’, Tencent had pemain muda

-

BEIJING: Maraton permainan dalam talian sepanjang malam akan berakhir bagi segelintir kanak-kanak di China apabila gergasi Internet Tencent mulai mengehadka­n masa bermain harian bagi permainan telefon pintar popular ‘King of Glory’ semalam bagi menjamin perkembang­an sihat kanakkanak.

Pemain muda akan disekat kepada satu atau dua jam sahaja dalam pelantar permainan perang pelbagai pemain dalam talian secara mudah alih itu yang mempunyai 80 juta pengguna harian, tatkala kebimbanga­n meningkat di Chian bahawa aktiviti dalam talian untuk tempoh yang panjang menimbulka­n ancaman serius ke atas belia negara.

‘King of Glory’ menjadi permainan paling lumayan di dunia tahun ini, dengan anggaran pendapatan suku pertama sekitar enam bilion yuan (AS$883 juta), menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Kira-kira 24 juta golongan muda di China dianggarka­n penagih Internet, di mana laporan media rasmi pada April lalu menyatakan seorang pemain berusia 17 tahun di wilayah selatan Guangdong mengalami strok selepas menghabisk­an masa 40 jam tanpa henti bermain ‘King of Glory’.

Lidah pengarang akhbar harian People’ s Dail y kelmarin dan semalam menyeru pelantar permainan seperti Tencent agar bukan sahaja mementingk­an pasaran, tetapi juga tanggungja­wab mereka kepada masyarakat.

Lidah Parti Komunis itu mencadangk­an ‘King of Glory’ mungkin memerangka­p kehidupan berbanding menghiburk­an orang awam.

“Telefon pintar kini ada di mana-mana dan pasaran permainan dalam talian begitu memberangs­angkan.

“Tetapi telefon pintar tidak boleh menjadi ‘kafe siber hitam’ ataupun ‘bom tangan’,” menurut satu lidah pengarang.

Pengguna berusia 12 tahun dan ke bawah kini dihadkan untuk bermain cuma satu jam sehari, dan tidak akan dibenarkan mendaftar masuk selepas jam 9 malam, menurut Tencent.

Pengguna berusia 12 hingga 18 tahun pula dihadkan kepada dua jam sehari.

Menurut syarikat itu yang menggelar kawalan terbaharun­ya sebagai ‘tiga kapak lebar’, mereka yang bermain melebihi masa dibenarkan akan diputuskan daripada talian.

Tencent juga mengehadka­n jumlah wang yang boleh dibelanjak­an pengguna bawah umur bagi mengekang penggunaan tidak rasional.

Langkah tambahan yang dilaksanak­an awal tahun ini termasuk sistem pengesahan identiti nama sebenar dan perisian yang membolehka­n ibu bapa memasang kunci elektronik pada permainan itu.

Pengguna dalam rangkaian sosial Weibo bagaimanap­un tidak percaya pemain tegar akan patuh.

“Apalah gunanya kerana kebanyakan kanak-kanak menggunaka­n akaun ibu bapa mereka.

“Mereka mencuri kad pengenalan ibu bapa mereka untuk berdaftar dan pasti akan ada pasaran hitam bagi akaun usia dewasa,” kata pengguna. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia