Utusan Borneo (Sabah)

Diserang strok, ketua FARC beransur pulih

-

BOGOTA: Ketua kumpulan pemberonta­k FARC di Colombia, Rodrigo Londono, sedang beransur pulih dari serangan angin ahmar ringan dan kesukaran bercakap yang beliau alami pada peringkat awal telah hilang, menurut doktor kelmarin.

Londono, 58, sedang “berkembang dalam keadaan yang menyenangk­an,” menurut Lydis Herrera, pengarah bagi hospital universiti di bandar Villavicen­cio di tengah Colombia di mana beliau telah menerima rawatan.

Para doktor menyatakan pemimpin FARC telah menghantar dirinya sendiri ke fasiliti tersebut pada Ahad selepas mengalami masalah bercakap dan menggerakk­an tangan kirinya.

Ini muncul seminggu selepas FARC melengkapk­an penyerahan senjata mereka bagi menamatkan satu perang selama lebih dari 50 tahun.

Sebelum perkembang­an perubatan telah dikeluarka­n, Londono, yang dikenali dengan ‘nom de guerre’ “Timochenko,” menulis dalam Twitter, “Pada hari ini saya berasa sedikit baik dan sangat bersyukur bagi mesej yang anda berikan kepada saya.”

Herrera menyatakan Londono mempunyai tidur yang nyenyak dan dalam keadaan baik. “Beliau makan, beliau dalam keadaan sedar, beliau bercakap tanpa kesukaran,” kata mereka.

Bagaimanap­un, beliau akan kekal dalam unit rawatan rapi bagi sekurang-kurangnya 72 jam, menurut beliau.

Timochenko merasakan simptom pertama ketika beliau telah bersedia untuk melawat salah satu dari 26 buah kawasan di seluruh negara di mana seramai 7,000 orang anggota FARC berkumpul sebagai sebahagian proses untuk kembali kepada masyarakat awam.

Satu perjanjian damai telah ditolak oleh rakyat Colombia dalam satu referendum pada tahun lepas sebelum ia dirangka semula dan diserahkan kepada kongres.

Sejak itu, proses telah dikaburi dengan keganasan yang berlaku melibatkan kumpulan bersenjata lain.

Konflik yang bermula ketika FARC melancarka­n kebangkita­nnya pada 1964 telah menyebabka­n 260,000 orang disahkan meninggal dunia, lebih daripada 60,000 orang hilang dan tujuh juta orang kehilangan tempat tinggal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia