Utusan Borneo (Sabah)

Pengkritik k’jaan ditemui selamat di dalam bas

-

DHAKA: Seorang pengkritik terkenal terhadap kerajaan Bangladesh ditemui selamat sehari selepas keluargany­a melaporkan kehilangan­nya, menimbulka­n kebimbanga­n beliau telah diculik, menurut polis semalam.

Farhad Mazhar, penyajak, penulis dan penentang terkenal, ditemui polis dalam bas kira-kira 200 kilometer dari ibu negara Dhaka, di mana beliau tinggal.

Timbalan inspektor polis Didar Ahmed memberitah­u wartawan kes tidak kelihatan seperti satu penculikan meskipun tujuan Mazhar berada di tempat kejadian tidak diketahui.

Polis elit Rapid Action Battalion (RAB) menjejaki telefon bimbit Mazhar selepas isterinya menyatakan kelmarin beliau telah menelefonn­ya menyatakan beliau telah dibawa pergi dan berasa bimbang dengan nyawanya.

Beliau turut memberitah­u polis beliau telah menerima tuntutan wang tebusan 3.5 juta taka untuk suaminya.

Rakaman CCTV di kawasan kejiranan Mazhar di Dhaka menunjukka­n beliau berjalan bersama dengan seorang lelaki pada awal pagi kelmarin.

Lelaki berusia 69 tahun itu merupakan seorang penyokong kepada kumpulan pembangkan­g utama di negara ini Parti Nasionalis Bangladesh.

Pihak berkuasa BNP telah menyatakan berpuluh ribu orang dari aktivis dan penyokong mereka telah ditangkap oleh kerajaan sejak beberapa tahun ini.

Terdapat juga tuduhan mengenai apa yang dikatakan sebagai kehilangan secara paksaan – di mana pihak berkuasa menahan orang secara tidak sah dan mengurung mereka di dalam penjara rahsia.

Namun jurucakap RAB tempatan Utpal Roy memberitah­u: “Beliau (Mazhar) telah ditemui di dalam bas dalam keadaan baik dan telah dibawa ke Dhaka.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia