Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang maut, isteri cedera ringan

Kemalangan membabitka­n motosikal dengan pacuan empat roda

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seorang penunggang terbunuh manakala isterinya cedera ringan selepas motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya membabitka­n sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo, di Jalan Lahad DatuSandak­an, petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa dikenali sebagai Maslan Kumin, 34, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu setelah hampir 12 jam bertarung nyawa, akibat cedera parah di bahagian kepala.

Manakala isteri mangsa (pembonceng) berusia 25 tahun hanya mengalami cedera ringan pada bahagian kaki serta tangan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Sandakan menuju ke arah bandar.

“Siasatan awal di lokasi kejaidan, kita dapati kemalangan dipercayai berpunca daripada penunggang yang mana sebaik tiba di lokasi kejadian terlanggar bahagian tepi sebelah kiri Toyota Vigo berkenaan yang membelok ke kanan untuk menghala ke Jalan Segama.

“Pada masa kejadian, didapati keadaan lampu isyarat lorong kenderaan 4WD adalah hijau dan lampu isyarat berfungsi dengan baik.

“Impak kejadian itu, kedua-dua mangsa dikatakan tercampak ke atas jalan.

Mangsa bersama isterinya kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu bagi rawatan lanjut. Mangsa yang parah bagaimanap­un dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6 pagi Selasa,” katanya.

Menurut Hamzah, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik BSPT Insp Mohamad Kemil Rahmat.

“Ketika

kejadian, kedua-dua mangsa sedang dalam perjalanan dari arah Sandakan menuju ke arah bandar. ACP HAMZAH AHMAD Ketua Polis Daerah Lahad Datu

 ??  ?? KENDERAAN itu. Toyota Vigo yang terlibat dalam kejadian
KENDERAAN itu. Toyota Vigo yang terlibat dalam kejadian
 ??  ?? MOTOSIKAL yang dinaiki kedua-dua mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan akibat kejadian itu.
MOTOSIKAL yang dinaiki kedua-dua mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan akibat kejadian itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia