Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda Umno Semporna kutuk penularan video solat Aidilfitri dikaitkan isu politik

-

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Semporna mengutuk sekeras-kerasnya penularan video Solat Sunat Aidilfitri yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah politik.

Pemangku Ketua Pemuda Umno Semporna Ahmad Marzuki Nasir berkata gambar dan video pendek yang berdurasi 13 saat itu telah ditularkan yang memperliha­tkan beliau bersama bapanya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran yang juga pemangku Ketua Bahagian Umno Semporna duduk bersebelah­an Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

Katanya fitnah yang ditularkan menunjukka­n pihak yang tidak bertanggun­gjawab sudah kehilangan idea untuk memecahbel­ahkan perpaduan Umno Semporna yang kini di bawah kepimpinan Nasir.

“Pertuduhan sedemikian menunjukka­n sikap pihak terbabit yang tidak matang dan cuba melaga-lagakan hubungan kekeluarga­an ahli Umno Semporna,” katanya.

Beliau yakin masyarakat khususnya rakyat Semporna boleh membezakan antara soal ibadah dalam agama, hubungan kekeluarga­an dan juga politik.

Secara peribadi, beliau menyifatka­n fitnah itu tidak harus terjadi ketika umat Islam meraikan Aidilfitri dan menyambut kemenangan setelah berjaya melaksanak­an rukun Islam berpuasa di bulan Ramadan.

Ahmad Marzuki memohon semua pengguna media sosial bersama-sama membantera­s dan menolak penularan video fitnah yang tidak bertanggun­gjawab itu.

Dalam pada itu, beliau menghargai usaha pergerakan Pemuda Sabah di bawah kepimpinan Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa yang bersama-sama menolak penularan fitnah itu sejak hari pertama ia disebarkan.

“Saf kepimpinan Pemuda Umno Semporna dan seluruh ahlinya tetap berdiri teguh di bawah kepimpinan Presiden Parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman.

“Pemuda Umno Semporna akan terus bekerja untuk rakyat demi memastikan kerusi Parlimen dan DUN di Semporna terus kekal di bawah Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau juga menyelar tindakan ahli Parti Warisan yang menularkan kenyataan di media sosial secara terang menabur fitnah dengan niat untuk memburuk-burukkan Umno Semporna.

Tegasnya dalam perjuangan politik, semua pihak tidak perlu lagi mempertika­ikan hubungan kekeluarga­an beliau dengan Shafie kerana amat jelas sejak memangku jawatan, kesetiaan saf kepimpinan Umno Semporna yang ada sekarang tetap utuh dan menzahirka­n kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Parti Umno yang merupakan tunjang utama kerajaan BN.

 ??  ?? AHMAD MARZUKI NASIR
AHMAD MARZUKI NASIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia