Utusan Borneo (Sabah)

30 pelanggan Maxis dan Hotlink menang RM1,000,000

-

KUCHING: Seramai 30 pelanggan Maxis dan Hotlink yang berjaya menaik taraf kad SIM 3G ke kad SIM 4G menerima RM1,000,000 dalam Kempen SIM Swap yang dilancarka­n pada Mei lalu.

Kempen itu merupakan sebahagian daripada usaha Maxis untuk memastikan semua pelanggan menikmati pengalaman rangkaian yang terbaik dan untuk menggalakk­an pelanggan menukar SIM 3G mereka ke 4G.

Dengan menaik taraf kepada Maxis 4G, mereka kini dapat mengalami kelajuan yang lebih baik secara konsisten di dalam dan di luar serta video tanpa penimbalan (zero buffering) di YouTube.

Menurut satu kenyataan semalam, sebaik menerima berita kemenangan mereka, ramai yang terperanja­t tetapi bersyukur apabila dinamakan salah seorang daripada pemenang kempen tersebut.

Antaranya ialah Pakaruzi Daud, yang mendapat panggilan daripada Maxis ketika sedang dalam perjalanan ke sebuah destinasi.

“Pada mulanya saya tidak percaya. Saya sedang memandu apabila menerima panggilan daripada nombor Maxis 123 yang memaklumka­n saya bahawa saya salah seorang daripada pemenang.

“Saya menyemak laman web Maxis untuk mengesahka­n nama saya disenaraik­an. Saya kemudian menerima panggilan untuk mengutip cek saya. Saya bersyukur kepada Maxis,” katanya.

Pakaruzi menambah, hadiah itu akan membantu pembiayaan pendidikan anaknya. Seorang lagi pemenang, Amiey Noor Fazrina, turut gembira dan berterima kasih atas kemenangan­nya.

Apabila ditanya mengenai pengalaman Internet beliau sejak menggunaka­n 4G, katanya: “Saya telah melihat perbezaan yang besar. Penstriman kini lebih pantas terutamany­a bila menonton YouTube.”

James Teoh, seorang pelanggan setia Maxis, berkata beliau tidak pernah berfikir untuk menukar SIM 3G ke 4G SIM kerana beliau sudah berpuas hati dengan rangkaian itu, namun setelah melakukan pertukaran SIM, James lebih bahagia dengan pengalaman Internet yang pantas.

Untuk mendapatka­n maklumat terkini mengenai rangkaian Maxis, lawati www. maxis.com.my/4gnetwork.

 ??  ?? PELANGGAN-pelanggan Maxis yang menyertai Kempen 3G SIM Swap menenangi RM1,000,000.
PELANGGAN-pelanggan Maxis yang menyertai Kempen 3G SIM Swap menenangi RM1,000,000.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia