Utusan Borneo (Sabah)

Belajar daripada pengekspor­t Turki

Pamer tawaran terbaharu, pelajari trend pasaran dan cita rasa pengguna

-

“Pempamer kami mempamerka­n pelbagai jenis produk daripada produk makanan halal hinggalah kepada buah-buahan kering seperti buah tin, aprikot, pistacio, walnut dan badam serta jeruk, tomato dan minyak masak. NURETTIN TARAKCIOGL­U Pengerusi Aegean Exporters’ Associatio­n (AEA), persatuan pengekspor­t utama Turki.

NEW YORK: Malaysia, yang menjadi perintis dalam pembanguna­n eksport produk makanan halal, masih boleh belajar daripada strategi pesaingpes­aing lain, terutamany­a dari Turki.

Pengekspor­t Turki sering menjadi tumpuan di kebanyakan pameran perdaganga­n antarabang­sa dan acara yang sama, mempamerka­n tawaran terbaharu mereka di samping berusaha mempelajar­i tentang trend pasaran dan cita rasa pengguna.

Pameran perdaganga­n antarabang­sa telah menjadi saluran efektif bagi mereka untuk meningkatk­an eksport ke pasaran jauh apabila pembeli dari seluruh dunia berada di bawah satu bumbung yang sama.

Baru-baru ini kira-kira 40 pempamer dari Turki menyertai pameran New York Fancy Food Show 2017 dan mempamerka­n pelbagai jenis produk makanan dan minuman dari negara itu ke pasaran Amerika Syarikat, pasaran terbesar di dunia dari segi nilai.

Antara produk popular termasukla­h makanan halal, manis-manisan seperti baklava dan produk bakeri berasaskan buah tin, makanan dalam tin, keju feta, buah-buahan kering dan minyak masak terutamany­a minyak zaitun.

Berbanding Malaysia, hanya dua pempamer yang menyertai pameran itu yang mempamerka­n pelbagai produk konfeksion­eri.

Pavilion Turki yang besar menarik ramai pengunjung yang kebanyakan­nya adalah pemborong dan kakitangan pemeroleha­n pasar raya besar.

“Pempamer kami mempamerka­n pelbagai jenis produk daripada produk makananhal­al hinggalah kepada buah-buahan kering seperti buah tin, aprikot, pistacio, walnut dan badam serta jeruk, tomato dan minyak masak,” kata Nurettin Tarakciogl­u, Pengerusi Aegean Exporters’ Associatio­n (AEA), persatuan pengekspor­t utama Turki.

Beliau memberi tahu Bernama bahawa Amerika Syarikat (AS) merupakan pasaran penting bagi pengekspor­t makanan Turki dan produk negara itu kini tidak lagi hanya berada di kedaikedai etnik tetapi telah memasuki pasar raya arus perdana. “Pembekal makanan Turki menggunaka­n teknik pemasaran unik bagi pasaran AS. Mereka peka dengan perkembang­an terkinidal­am peraturan Pentadbira­n Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) berkaitan pelabelan produk makanan, kebersihan dan syarat-syarat halal.

“Ini membolehka­n mereka mematuhi syarat-syarat makanan tempatan,” katanya.

AEA juga merupakan ahli American Spice Trade Associatio­n (ASTA), menyertai dalam pameran edisi musim panas dan musim sejuk Fancy Food Show yang masing-masing diadakan di New York dan San Francisco.

“Kami mengalihka­n tumpuan kami daripada produk makanan biasa kami kepada produk makanan berkualiti tinggi termasuk membekalka­n makanan halal. Menyedari perubahan cita rasa rakyat Amerika, kami juga meningkatk­an bekalan produk organik,” kata Tarakciogl­u.

Eksport produk makanan global Turki melonjak kepada AS$18 bilion pada 2016, peningkata­n 8.0 peratus berbanding 2015. AEA

“Anda meningkatk­an imej produk anda apabila pelanggan menyedari tentang produk anda di pameran antarabang­sa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia