Utusan Borneo (Sabah)

McDonald’s Malaysia akan labur RM1.4b untuk pengembang­an

-

PETALING JAYA: Mc D o nal d’ s Malaysia akan melabur RM1.4 bilion bagi meningkatk­an jumlah outletnya kepada 450 di seluruh negara menjelang 2025.

Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Operasi, Azmir Jaafar berkata, McDonald’s Malaysia mencatat pertumbuha­n tahun ke tahun sebanyak 16 peratus tahun lepas dan pihaknya yakin dapat meneruskan trend itu tahun ini.

Menurutnya, McDonald’s Malaysia kini mempunyai 262 restoran dan 12,000 kakitangan yang memberi khidmat kepada 160 juta pelanggan setahun.

“McDonald’s Malaysia sedang meneruskan pelan pengembang­an secara agresif. Komitmen kami untuk melabur sebanyak RM1.4 bilion dalam tempoh 10 tahun adalah bukti keyakinan kami terhadap masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kerjasama pemasaran Fraser & Neave (F&N) Beverages Marketing Sdn Bhd dan McDonald’s Malaysia di sini, semalam.

Pengembang­an itu boleh mewujudkan 6,000 pekerjaan lagi selain dairpada 12,000 yang dimiliki McDonald’s Malaysia ketika ini.

Menurutnya, pelaburan itu merncermin­kan komitmen untuk memberi perkhidmat­an kepada bilangan pelanggan yang semakin bertambah.

Azmir berkata, setakat ini, McDonald’s Malaysia mempunyai lebih 150 restoran pandu lalu, lebih 90 restoran dengan perkhidmat­an penghantar­an dan lebih 100 McCafes dan akan meneruskan trajektori pertumbuha­n di bawah pemilikan baharu Pemegang Lesen Pembanguna­n (DL).

McDonald’s Corp, rantaian makanan segera terbesar dunia, telah menjual lesen francais di Malaysia dan Singapura pada akhir 2016 kepada satu kumpulan Arab Saudi, Lionhorn Pte Ltd, yang sudah pun memiliki DL untuk rantaian tersebut di wilayah barat dan selatan negara berkenaan.

“Di bawah struktur DL tersebut, hanya pemilikan pemegang saham bertukar kerana McDonald’s Malaysia sudah dibeli sepenuhnya oleh sebuah syarikat baharu dikenali Tiger Arches, iaitu sebahagian daripada kumpulan Lionhorn.

“Pihak pengurusan akan meneruskan strategi dan program pengembang­an. Pelaburan modal RM1.4 bilion bagi menyokong pengembang­an itu akan diperoleh daripada operasi perniagaan serta pemegang saham,” kata Azmir yang sudah 25 tahun bersama McDonald’s Malaysia.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia