Utusan Borneo (Sabah)

Ekspo KPMM-Mapex sasar jualan rumah RM1 bilion

-

PETALING JAYA: Penganjur Karnival Perumahan Mampu Milik (KPMM), bersamasam­a dengan Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex), berharap dapat mencapai jualan rumah sekurang-kurangnya RM1 bilion dalam ekspo tahun ini.

Pengerusi Mapex, Datuk Ng Seing Liong, berkata Ekspo KPMM-MAPEX selama tiga hari itu, yang bermula pada 11 Ogos 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam, akan menawarkan lebih kurang 100,000 rumah mampu milik daripada 50 pemaju pada harga antara RM130, 000 hingga RM500, 000.

“Karnival perumahan itu akan membantu pembeli mendapatka­n rumah impian masing-masing dengan menawarkan pelbagai jenis rumah mampu milik, termasuk diskaun yang menarik dan promosi, semuanya di bawah satu bumbung,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Selain menawarkan pelbagai jenis hartanah dengan promosi menarik, acara ini juga menonjolka­n beberapa hartanah dengan diskaun Bumiputera yang istimewa, kata Ng.

“Kami menjangkak­an lebih daripada 60 pemaju dan agensi-agensi kerajaan serta institusi kewangan untuk mengambil bahagian dalam ekspo ini,” katanya, sambil menambah bahawa dengan sokongan daripada pemaju, agensi kerajaan dan institusi-institusi kewangan, Mapex akan terus menjadi platform terbaik bagi menghubung­kan pembeli dengan rumah impian masing-masing.

Antara pihak yang terlibat dengan KPMMMAPEX adalah Glomac Bhd, IJM Land Bhd, MKH Bhd, UEM Sunrise Bhd, Mitraland Group, Matrix Concepts Holding Bhd dan beberapa agensi di bawah Jabatan Perumahan Negara.

Bercakapme­ngenai prospek industri hartanah bagi separuh tahun kedua 2017, Ng, yang juga bekas Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia, berkata persatuan itu berharap ia menjadi stabil, disokong oleh ekonomi yang lebih positi.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia