Utusan Borneo (Sabah)

‘Uncle tailor’ masih terima tempahan di saat akhir menjelang Syawal

-

ASSALAMUAL­AIKUM semua. Rasanya masih belum terlambat bagi Chopie untuk mengucapka­n Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Untuk membuka bicara Chopie ingin menyusun sepuluh jari, memohon keampunan jika selama ini pernah mengguris atau terkasar dalam percakapan.

Di hari yang mulia ini, marilah kita Kosong- kosong dari hati. Macam mana dengan sambutan Syawal anda? Pastinya disambut meriah seperti tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulil­lah sekali lagi kita diberi peluang untuk menyambutn­ya bersama insan yang tersayang.

Pengertian Syawal di mana kita menyambut hari kemenangan selepas kita berpuasa sebulan menahan lapar dan dahaga.

Tahun ini Chopie seperti tahun-tahun sebelumnya, hanya menyambutn­ya sederhana. Atas kekangan masa bekerja dan sibuk dengan Cafe’ maka persiapann­ya menjadi biasa-biasa. Nak dijadikan cerita, Chopie baru membeli kain baju melayu pada hari rabu minggu terakhir puasa dan siap pada hari Jumaat, sehari sebelum Raya. Alhamdulil­lah ‘Uncle Tailor’ masih mahu menerima tempahan Chopie walaupun raya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Tema warna Chopie tahun ini biru (Royale Blue), dan kebanyakan orang pada tahun ini memilih biru, dan hijau untuk warna pilihan. Bagaimana pula dengan anda? Kita sama tema atau tidak? Kalau sama bolehlah upload di sosial media dan kongsikan kepada Chopie.

Seperti biasa, Raya tidak bermakna Chopie akan bercuti panjang. Ini kerana kami tetap bekerja dan sentiasa menghidang­kan pendengar dengan lagu-lagu raya yang lama dan baharu untuk menaikkan lagi semangat untuk beraya.

Bercerita mengenai lagu raya, tahun ini ERA fm Sarawak dengan Kolabrasi Zah Amirul dan Ir Radzi menghasilk­an lagu raya yang dinyanyika­n oleh penyampai-penyampai ERA fm Sarawak Osha, Afick, Fir dan Chopie juga ada Nana Sheeme, Ir Radzi dan Zah Amirul. Chopie sangat gembira kerana ini buat julung kalinya Chopie ada lagu raya nyanyian Chopie dan rakan- rakan. Tak terfikir pulak mempunyai lagu raya sendiri dan dimainkan di radio.

Anda boleh saksikan muzik video lirik lagu ini di facebook ERA fm Sarawak, hafal dan boleh kita nyanyi secara live pada 16 Julai ini. Kalau nak tahu ada apa dengan 16 Julai kena Stalk facebook, Instagram dan Twitter ERA fm Sarawak.

Sampai di sini sahaja Chopie bersama, jangan lupak untuk like facebook dan Instagram Chopie Cakap. Salam Kosong Kosong dari Hati.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia